[Video] Rohana mengharapkan sinar semangat Malaysia untuk kehidupan lebih bermakna

Kuala Lumpur: 14/1/2022

Pernah memohon kad pengenalan pada tahun 2016 tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas

Apakah keluarga Malaysia ada toleransi dan semangat kebertanggungjawaban atau sekadar retorik? Ketidakadilan bukan hukuman untuk sebuah kehidupan dibumi Malaysia ini

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Rohana bersama Ibu angkatnya Chee Hoi Lan 83

Nasib terumbang-ambing seorang gadis  yang ditinggalkan ketika itu berusia hanya 2 bulan kepada seorang guru tadika oleh ibunya warga negara Indonesia manakala bapanya warga tempatan menghilangkan diri 22 tahun yang lalu.

Kejadian ini menyebabkan urusan pendaftaran untuk mendapatkan kad pengenalan walaupun pernah memohon pada tahun 2016 namun tidak mendapat maklumat balas sehingga kini.

See also  Jika begini caranya tak perlu jadi manusia pun

 

Sejak itu dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh guru tadika berkenaan Chee Hoi Lan 83 sehingga kini. Fasih berbahasa mandarin dan dihantar bersekolah di Kelas Asas Fardhu Ain oleh Ibu angkat nya.

Haknya untuk bersekolah sebagai mana anak yang lain, memiliki akaun bank dan mendirikan rumahtangga dinafikan gara gara tiada taraf kewarganegaraan.

Beliau memiliki dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan bapa, sijil kelahiran serta permohonan dibuat sejak 2016.

See also  Viral rakaman penduduk solat Aidilfitri depan rumah, “Memang terbaik”

Beliau pernah mengalami kemurungan sehingga mahu membunuh diri, namun diatas rasa bertanggungjawab keatas kasih sayang ibu angkatnya Chee Soi Lan yang membesarkannya selama ini, berjaya mengawal perasaan dari meneruskan niat berkenaan.

Satu usaha oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim mengadakan perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) diharap membuahkan hasil.

 

Apakah keluarga Malaysia ada toleransi dan semangat kebertanggungjawaban atau sekadar retorik?

See also  Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-61 KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj 

Mari kita sama sama mendoakan hasrat Rohana 22 dan Ibu angkatnya menjadi kenyataan.

 

Sumber Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Rohana mengharapkan sinar semangat Malaysia untuk kehidupan lebih bermakna " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139627
Users Today : 803
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21756
Users Last 30 days : 74283
Users This Month : 33352
Users This Year : 139626
Total Users : 139627
Views Today : 1102
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33750
Views Last 30 days : 114917
Views This Month : 51492
Views This Year : 213882
Total views : 213883
Who's Online : 29
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares