Kenalpasti najis anda sendiri untuk pantau kesihatan diri
Rupa-rupanya warna najis boleh memberi isyarat berkenaan tahap kesihatan tubuh badan kita.
A) Rupabentuk Najis

Nombor di bawah adalah merujuk seperti ditandakan pada gambar :
1. Kurang serat dan air. Tambah minum air putih dan makan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran . Hentikan air bergula.
2. Bentuk najis yang menunjukkan badan keadaan sihat
3. Ada jangkitan dan diarrhoea Minum banyak air untuk gantikan cecair yang hilang, untuk elak dehidrasi.
4. Tak begitu serius seperti No.1, tetapi ada isyarat perlu minum banyak air, makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
5. Masih normal bentuk sebegini terutama jika membuang lebih dari 2 kali sehari.
6. Retak tu membawa petunjuk badan mengalami kekurangan air putih.
7. Bentuk najis sebegini perlu berhati-hati kerana petanda serangan jangkitan atau cirit-birit (diaarhoea) bakal berlaku.
8. Terlalu banyak minyak dalam najis, badan tidak menyerap lemak dengan betul. Penyakit seperti pankreatitis menyebabkan halangan penyerapan lemak.
B) Ciri gumpalan Najis
Ikut pada gambar :
1. Najis berada dalam usus terlalu lama sehingga air diserap semula. Kekurangan serat boleh membawa kepada najis begini kerana najis lambat bergerak dalam usus.
2. Najis bergerak melalui usus terlalu cepat sehingga air tak diserap disebabkan oleh terlalu banyak ambik makanan berserat, atau minuman detoks atau terkena jangkitan.
3. Najis tinggal di usus terlalu lama sehingga air diserap semula. Mungkin disebabkan oleh dehidrasi, sembelit atau pengambilan ubat-ubatan.
4. Najis menjadi kecut. Ini mungkin tanda-tanda kanser usus besar.
5. Ni maknanya korang sembelit. Cuba minum lebih banyak air dan ambik makanan berserat.
6. Badan tidak menyerap lemak. Boleh terjadi akibat daripada ketidakupayaan badan untuk lakukan penyerapan atau pengambilan ubat kurus.
C) Warna Najis
Coklat : Anda sihat! Najis memang secara semula jadi berwarna coklat.
Hijau : Makanan bergerak terlalu cepat dalam usus. Atau korang banyak makan makanan berwarna hijau (sayuran) atau produk yang ada pewarna hijau.
Kuning : Berminyak, berwarna kekuningan disertakan dengan bau yang sangat busuk menunjukkan najis mengandungi banyak lemak.
Hitam : Najis berwarna hitam menunjukkan bahawa mungkin ada berlaku pendarahan dalaman yang anda tak sedari berpunca dari ulcer atau kanser.
Cerah/Putih/Warna tanah liat : Kalau najis seperti ini bukan yang biasa korang lihat, ini mungkin tanda-tanda ada halangan pada saluran hempedu. Kadangkala, sesetengah ubat-ubatan pun akan menjadikan najis berwarna cerah/keputihan.
Merah : Najis yang berwarna merah atau tompokan merah yang banyak dan jelas pada najis adalah tanda-tanda kanser.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Warna dan bentuk najis beri petanda awal masalah kesihatan " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.