Kuku ialah wartawan kesihatan diri

Ciri- ciri kuku merupakan salah satu kaedah badan memberitahu MASALAH kesihatan.

 

Kuku yang sihat kelihatan licin, tanpa lubang dan sedikit kemerahan.

 

7 sifat kuku perlu diambil perhatian.

 

1. Pucat

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Kuku pucat memberi petunjuk ada masalah dengan hati, buah pinggang atau jantung anda.

 

Keadaan ini juga boleh menjadi tanda anemia, masalah hati berlemak, kesesakan jantung atau kekurangan nutrisi.

 

2. Kekuningan

Kuku kekuningan dikaitkan dengan bronkitis kronik, penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

 

3. Bunga kuku berbentuk bulan sabit hilang

 

Kehilangan bentuk bulan sabit disebabkan oleh kekurangan zat makanan, kemurungan atau anemia.

See also  15 tanda tanda buah pinggang rosak

 

4. Kuku garis beralun menegak dan mendatar

Garis menegak atau mendatar memberitahu tentang ada masalah buah pinggang dan tulang.

Permukaan kuku bergelombang atau berlubang boleh menjadi tanda psoriasis atau arthritis.

Jalur menegak yang disertai dengan perubahan warna kuku juga boleh menunjukkan anemia.

Garisan mendatar lebih teruk menunjukkan penyakit seperti buah pinggang.

 

Faktor genetik menyebabkan permukaan menonjol terutama apabila  usia meningkat.

5. Kuku rapuh

Kuku yang kering atau rapuh dengan kerap dan mudah patah berkaitan dengan penyakit tiroid.

Kuku retak atau terbelah dengan warna kekuningan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat.

See also  95% rakyat Malaysia tidak makan sayur

Kuku juga mudah pecah kerana terlalu banyak terdedah kepada lembapan atau bahan kimia seperti sabun pencuci pinggan, pengilat kuku dan penggunaan penanggal pengilat kuku.

 

6. Bintik putih

Tompok putih yang muncul pada satu atau dua kuku boleh menjadi tanda kekurangan zink dan kalsium.

Anda perlu meningkatkan tahap pengambilan nutrisi sayuran hijau dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah kesihatan yang teruk pada masa hadapan.

 

Jeragat yang bertaburan juga boleh disebabkan oleh tindak balas alahan, jangkitan kulat dan kecederaan pada kuku anda.

See also  Minyak kastor tonik untuk pertumbuhan rambut dan merawat kebas kebas

 

7. Garisan gelap

Garis gelap yang muncul di bawah kuku mungkin berpunca dari trauma atau kecederaan.

Ada juga sejenis kanser di namakan melanoma yang muncul dalam bentuk garisan hitam.

Sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kuku ialah wartawan kesihatan diri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378435
Users Today : 2030
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16574
Users Last 30 days : 61825
Users This Month : 5439
Users This Year : 378434
Total Users : 378435
Views Today : 2820
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24697
Views Last 30 days : 94949
Views This Month : 7985
Views This Year : 582679
Total views : 582680
Who's Online : 8
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares