Tikus ialah haiwan yang sentiasa diburu kerana dituduh antara pembawa penyakit kepada manusia.

Tidak ramai mengetahui kelebihan tikus yang dikategorikan sebagai haiwan pintar dan memiliki ingatan yang kuat.
Diatas kelebihan tikus itu, pihak tentera telah menggunakan tikus untuk mengesan periuk api di Kemboja.
Perang saudara yang lama di Kemboja telah menyebabkan begitu banyak periuk api tertanam yang masih aktif dan ini memberi masalah kepada penduduk negara itu.
Pihak kerajaan Kemboja telah melantik satu pasukan khas untuk mengesan dan memusnahkan periuk api berkenaan.
Pasukan berkenaan menggunakan tikus seekor tikus terlatih yang diberi nama MAGAWA ATAU TIKUS PAHLAWAN.
Sepanjang perkhidmatan Tikus pahlawan ini telah berjaya mengesan 100 periuk api di Kemboja.
Atas kejayaan itu tikus berkenaan dianugerahkan pingat kepahlawanan.
Kepakaran MAGAWA bermula dengan usaha melatih oleh APOPO iaitu sebuah badan bukan kerajaan berpengkalan di Belgium.
Setelah sekian lama berkhidmat mengesan periuk api khususnya di Kemboja, MAGAWA bersara pada Jun 2021.
Setelah 6 bulan bersara akhirnya MAGAWA mati pada usia 8 tahun.
Jasa besar Tikus MAGAWA telah menyelamatkan rakyat Kemboja dari ancaman periuk api.
MAGAWA merupakan simbol kehebatan tikus dan pastinya menjadi pembakar semangat kepada jurulatih tikus untuk terus melatih tikus tikus menjadi pengesan periuk Api dan jerangkap samar di lokasi bekas peperangan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan ingat Tikus Haiwan tidak berguna " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.