Tak sangka bunga ini mampu tangani Ancaman babi dalam kawasan taman perumahan
Spesis Turnera subulata (bunga putih) Turnera umnifolia dan Turnera diffusa ( bunga kuning) mengeluarkan bau yang tidak sukai oleh babi menyebabkan mereka bertindak menjauhkan diri.

Pencerobohan babi sudah ke kawasan perkampungan mahupun taman perumahan semakin menjadi jadi.
Kehadiran haiwan ini mencari makanan bukan sahaja dimalam hari malah disiang hari menyebabkan tanaman seperti pisang dan pokok ubi tumbang musnah.
Ada warung warung jualan juga di robek oleh haiwan ini.
Pelbagai cara seperti menembak babi dilakukan oleh pihak majlis perbandaran, PERHILITAN dan juga penembak persendirian tetapi masih menemui jalan buntu.
Satu perkongsian menarik oleh Puan Aini Waznati Binti Lasuan Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia memberi satu harapan baru kepada penyelesaian masaalah babi ini.
Kaedah kawalan kaedah biologi menggunakan bunga bunga Turnera subulata (bunga putih) diuji berkesan menghalang pencerobohan babi dalam kawasan kawalan.
Spesis Turnera subulata (bunga putih) Turnera umnifolia dan Turnera diffusa ( bunga kuning) mengeluarkan bau yang tidak sukai oleh babi menyebabkan mereka bertindak menjauhkan diri.
Bunga ini kembang dari pukul 10 pagi hingga petang. Baunya berterusan hingga ke malam hari sesuai untuk mengekang kehadiran babi samada waktu siang mahupun malam.
Penamaan bunga ini disekiling rumah dan taman akan menjadi pagar biologi kepada serangan babi.
Ujian di beberapa lokasi ladang sawit dan Taman Botani Shah Alam telah memberikan kesan positif.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Bunga putih-kuning pilihan terbaik tangani masalah babi " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.