Kolesterol TINGGI adalah keadaan yang merosakkan sistem jantung dan sakur darah.
Lemak dari makanan bergula akan membentuk plak dalam arteri, menyebabkan darah terhalang untuk membekalkan nutrien dan oksigen kepada sel badan.
Kebiasaannya salur darah halus di hujung jari tangan dan kaki akan mengalami kesan awal.
Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, tanda-tanda amaran awal berlaku kolesterol tinggi seperti lenguh dan sakit bahagian betis, peha, punggung dan lengan.
Gejala berbentuk sakit sementara, ketidakselesaan, kekejangan, atau rasa berat untuk bergerak.

Senaman ringan biasanya akan meredakan kesakitan berkenaan.
Komplikasi boleh merebak ke jari tangan dan kaki jika keadaan itu tidak dirawat.
Institut Vaskular New York menyatakan: “Apabila penyakit arteri lengan terus berkembang, jari anda mungkin mula berasa tidak selesa atau malah sakit apabila mereka berehat.
“Anda juga mungkin mengalami perubahan kulit yang ketara pada jari dan tangan anda – jari anda mungkin menjadi putih pucat atau biru, dan seluruh tangan anda mungkin menjadi lebih sensitif kepada suhu sejuk.”
Pengambilan makanan tanpa gula, sayuran dan buahan untuk tempoh 1 bulan akan meredakan masalah gejala kolesterol tinggi.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kolesterol tinggi: jari anda akan memberi isyarat awal " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.