Makanan yang tidak memerlukan penyejukan untuk tahan lama seperti bijirin, makanan kering dan makanan dalam tin masih boleh dimakan walaupun tarikhnya telah tamat.
Tetapi bagi makanan berasaskan daging, tenusu dan telur, ia adalah tidak selamat.
Perhatikan kewujudan kulat, bakteria dan yis pada permukaan makanan berkenaan.
Makanan yang telah rosak akan mempunyai tekstur, warna, bau dan rasa yang berbeza.
Kaedah penyimpanan sesuatu makanan menjamin masih selamat dimakan walaupun sudah melebihi tarikh yang dibenarkan oleh pengilang.
1) Makanan dalam tin: kebanyakan makanan dalam tin boleh bertahan antara 1 hingga 4 tahun. Sekiranya disimpan di dalam tempat yang sejuk dan gelap, tempoh luputnya boleh dilanjutkan antara 3 hingga 6 tahun lagi.
2) Makanan sejuk beku: tempohnya lebih kurang sama sebagaimana makanan dalam tin kecuali daging.
3) Telur: Letakkan telur di dalam air. Sekiranya ia terapung, ini bermakna jumlah bakteria adalah tinggi dan tidak selamat dimakan. Bakteria telah menghasilkan gas di dalam telur yang menyebabkan telur tersebut terapung.
4) Pasta atau mi kering: makanan kering seperti ini amat sukar untuk rosak kerana tidak terdapat kandungan air. Anda boleh menggunakannya selagi mana ia tidak mempunyai bau yang pelik.
5) Roti: boleh disimpan lebih lama daripada tarikh yang tertera sekiranya di letakkan dalam peti sejuk. Selagi mana kulat kelihatan tidak tumbuh, ia masih selamat dimakan.
Rujukan Majalah Sains
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Tarikh luput tamat; boleh makan atau tidak? " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.