Keradangan akibat pengambilan gula pasir menjadi penyebab utama penyakit kencing manis, darah tinggi, kerosakan organ dan kanser.

Rawatan perubatan moden pula berhadapan risiko kesan sampingan seperti rintangan terhadap ubat. Apabila ini berlaku doktor akan memberi ubat tambahan atau meningkatkan dos.
Rintangan terhadap ubat-ubatan akan terus menyebabkan dos ubat ditingkatkan.
Pilihan rawatan secara alami lebih mesra kepada sistem badan walaupun mengambil masa.
Pembetulan diet dengan m mendapat makanan yang mempunyai anti-radang dalam diet seharian telah banyak memulihkan penyakit yang diakibatkan oleh keradangan kesan dari gula pasir berlebihan.
Purata pengambilan gula bagi rakyat Malaysia ialah 100 sudu sehari berbanding had maksimum hanya 5 sudu sahaja.
Salah satu pembetulan diet yang paling asas ialah pemakanan mesra probiotik.
Cendawan terkenal sayuran tanpa pati, kaya dengan serat larut yang membantu menurunkan paras gula dalam darah.
Sebaliknya diabetes sejenis penyakit menghalang insulin sekaligus menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah.
Cendawan butang putih merupakan makanan kegemaran bakteria baik dalam usus.
Komuniti mikro dalam usus akan mendapat tenaga untuk beraktiviti yang kemudiannya dapat memperbaiki masalah gula tinggi dalam darah.
Cendawan sayuran berkabohidrat rendah sesuai untuk merawat pesakit diabetes secara kaedah diet.
Kelebihan cendawan
1) Cendawan juga mempunyai indeks glisemik rendah yang bermakna ia mengandungi jumlah karbohidrat yang rendah yang tidak menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah berbanding dengan makanan karbohidrat yang tinggi seperti roti dan pasta.
2) Ia juga membantu menurunkan berat badan,serta mengekalkan tahap gula dalam darah. Sebagai makanan rendah kalori yang mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi.
3) Cendawan mengandungi vitamin A, vitamin C, dan vitamin K.
4) Cendawan boleh menstabilkan jumlah kolesterol dalam badan anda.
5) Kandungan serat tinggi sesuai memulihkan masalah sembelit.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Cendawan sayur pilihan rawat radang, diabetis dan obesiti " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.