Seekor gajah betina ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu di Kampung Pinang, Pedu.

Gajah itu dijumpai oleh penduduk kampung yang keluar menoreh getah sebelum menghubungi Perhilitan pada kira-kira 8.30 pagi.
Penduduk kampung melaporkan sudah lebih sebulan melihat sekumpulan tujuh ekor gajah berkeliaran di kawasan kebun getah mereka dan kemungkinan gajah betina ini mungkin salah seekor daripada sekawan gajah berkenaan.

Punca kematian gajah berkenaan masih belum dikenal pasti.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Lagi gajah ditemui mati di Jalan Empangan Pedu " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.