Punca Kapal Titanic “UNSINKABLE” karam masih satu persoalan

 

Tanggal 15 April 1912, satu malam yang tenang Titanic sedang belayar pantas meredah Lautan Atlantik bersama 1,500 penumpang dari Southampton England menuju New York Amerika Syarikat.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Apakah benar malapetaka menimpa Titanic itu kerana perlanggaran dengan bongkah ais?

Dilaporkan malam tanpa ombak dan ribut itu menampakkan haiwan lautan seperti plankton bersinar dilaut dan kebiasaannya haiwan ini akan mengerumuni bongkah ais terapung dilautan.

Petanda sebegini biasanya dijadikan panduan oleh Kapten Kapal untuk mengelakkan bongkah ais dilautan.

 

Pegawai kedua kapal, Charles Lightoller, secara terperinci menyebutkan sebaliknya iaitu ketiadaan plankton yang bersinar pada laluan mereka sebagai salah satu punca nahas tersebut.

See also  Disangka mati, pesakit Covid-19 bangun sebelum dibakar

 

Cuaca tenang juga turut menghalang bacaan suhu yang kebiasaannya memberi amaran sekiranya kapal berlayar ke kawasan bongkah ais.

Alasan sukar diterima kenyataan pegawai kapal Charles Lightoller mengatakan cuaca tenang adalah sebab alat pengesan suhu air laut tidak dapat memberi amaran kehadiran bongkah ais.

Bongkah ais berkenaan dikatakan berada hanya kira 37 saat sahaja jarak dari kedudukan kapal menyebabkan usaha mengubah haluan tidak menjadi kenyataan.

 

Titanic diberi nama jolokan “UNSINKABLE” mengambarkan kekuatan binaan kapal milik J.P.Morgan itu.

 

Pembakaran arang dilakukan di loji kebal selama 10 hari setelah pelayaran bermula.

Ada laporan dari petugas loji pembakaran arang yang selamat memberitahu satu kebakaran besar telah berlaku. Api marak tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan berlaku kebocoran dan air memasuki kapal.

See also  Penumpang Titanic terakhir selamat meninggal dunia pada usia 97 tahun 7 bulan

 

Walaubagaimanapun pasukan penyiasat tidak dapat mengesahkan kedua dua kejadian sebagai punca kepada insiden berkenaan.

 

Cuma fakta yang dipersetujui Titanic mula tenggelam selepas berlanggar dengan bongkah ais hanyut di lautan.

 

Apakah perlanggaran berkenaan akibat dari kapal hilang kawalan kerana kebakaran besar di loji penjanaan kuasa?

 

Pemilik kapal J.P.Morgan bagaimanapun tidak bersama pelayaran berkenaan setelah mengubah fikiran disaat akhir. Bagaimanapun beliau juga yang mengarahkan kapten kapal untuk meningkatkan kelajuan supaya Titanic dapat tiba lebih awal di New York.

See also  Video✓✓Bot karam dua nelayan bertarung 8jam dalam air sebelum diselamatkan

 

Perlanggaran Kapal Titanic yang dipandu laju ketika itu dengan bongkah ais dan telah merobek bahagian tepi kapal.

 

Dalam tempoh kurang 2 jam, kapal Titanic akhirnya tenggelam ke dasar laut Atlantik.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Punca Kapal Titanic "UNSINKABLE" karam masih satu persoalan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146447
Users Today : 2896
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21753
Users Last 30 days : 77845
Users This Month : 40172
Users This Year : 146446
Total Users : 146447
Views Today : 3978
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33035
Views Last 30 days : 119251
Views This Month : 61165
Views This Year : 223555
Total views : 223556
Who's Online : 44
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares