Pejam celik pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad telah mencapai usia dewasa rupanya.

Begitu pantas masa berlalu, 23 tahun yang lalu pasangan kembar siam yang bercantum di kepala, perut dan kaki dipisahkan secara pembedahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi.
Pembedahan berisiko tinggi menelan belanja RM1.7 juta itu di tanggung sepenuhnya oleh Putera Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Putera Mahkota Arab Saudi ketika itu.
Kini Muhammad telah berjaya sebagai graduan Sains Komputer dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU) pada bulan Disember 2021.
Manakala Ahmad pula sedang menjalani kursus Rekabentuk Grafik juga di Management & Science University (MSU).
Ketidakupayaan bukan alasan menghalang pencapaian kecermerlangan.
Informasi terkini pasangan kembar ini di Facebook
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Akhirnya Muhammad Rosli pasangan kembar Siam berjaya menjadi graduan Komputer Sains " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.