Gejala seks lemah atau layu mati, lemah nafsu syahwat kalangan lelaki berusia 18-50 tahun khususnya di Malaysia sudah menjadi masalah besar.

Laporan kesihatan pelbagai sumber membongkar masalah lelaki hanya mampu mendayung kurang dari 10 minit sahaja sebelum terkulai.
Peningkatan mendadak pembelian ubat perangsang seks yang mengandungi dadah steroid menunjukkan betapa seriusnya masalah ini.
Penggunaan ubat perangsang ini dilihat jalan pintas kepada gejala lemah seks namun hakikatnya ianya akan menjadi menggandakan lagi masalah berkenaan kerana kesan buruk steroid keatas kerosakan organ seperti hati, buah pinggang dan jantung.

Pakar Hormon dan Antipenuaan The KL Sky Clinic, Dr Shashi Kumar berkata masalah lemah seks, masalah zakar lembik berpunca dari meningkatnya pengambilan makanan bergula dikalangan remaja dan dewasa.
Bayangkan rakyat Malaysia sekarang mengambil sehingga 100 sudu gula sehari termasuk gula sembunyi melalui pelbagai masakan dan minuman manis, kueh mueh, dan makanan segera seperti burger, hotdog dan lain-lain.
Kadar kelahiran yang rendah 10 tahun kebelakangan ini berkait rapat dengan masalah asas ini.
Macam mana nak dapat anak jika zakar sudah layu terkulai baru 2 minit mendayung rungut Yati(bukan nama sebenar) seorang isteri yang mengadu masalah ini.
Disebabkan masalah zakar layu tidak bermaya ini begitu meluas dalam masyarakat, maka penyelesaian peringkat kerajaan melalui rejim kawalan gula seperti memberi insentif kepada industri yang menghentikan pengeluaran makanan menggunakan gula pasir atau gula fruktosa Jagung( High fructose corn syrup).
Pengambilan ubat-ubatan perangsang tidak menyembuhkan masaalah kronik ini jika punca asal iaitu masalah pengambilan gula tidak diberi perhatian khusus.
Hentikan pengambilan gula pasir dan sirap jagung fruktosa untuk memulihkan masalah zakar anda.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Siri Pendedahan Kesihatan-1: Meruncing 100 sudu gula sehari punca remaja dan dewasa tidak bermaya seks di Malaysia " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.