Sejarah St Petersberg Bandar Kucing

Jika satu hari nanti anda berpeluang mengunjungi St. Petersburg di Russia, jangan sesekali anda mengusir atau memarahi kucing-kucing jalanan yang cuba berpeleseran di kaki anda.

 

Nescaya anda pula akan diherdik atau jika nasib anda kurang baik, anda pula akan dihumban dijalanan St. Petersburg.

 

Bandar St. Petersburg atau dikenali sebagai Leningrad pada satu ketika dulu amat sinonim dengan kucing. Penduduk disini diibaratkan mempunyai ‘dosa’ yang susah ingin mereka lupakan terhadap kucing.

Ceritanya bermula semasa pengepungan Leningrad oleh askar Nazi Jerman pada perang dunia ke-2. Akibat pengepungan terlalu lama, (lebih kurang 900 hari) sumber makanan dikatakan terus terputus, rakyat mengalami kebuluran yang amat teruk.

See also  Video@Kucing terperangkap banjir juga diselamatkan

 

Kerana tiada apa yang dapat dimakan, kucing akhirnya menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan juadah untuk kesinambungan hidup, dan akhirnya menyebabkan kucing terus pupus di bandar tersebut.

 

Dengan hilangnya kucing dibandar tersebut, maka timbullah masalah baru yang lebih teruk. Tikus-tikus bermaharajalela pula dengan memecah masuk rumah-rumah dan tempat simpanan makanan yang amat terhad apabila berjaya diseludup masuk dari pengepungan.

 

Gelombang serangan tikus ini juga membawa penyakit. Bermacam cara digunakan untuk memburu tikus-tikus ini, dengan cara menembak, malah ada kalanya akibat terlalu geram kereta kebal juga digunakan untuk merempuh rumah yang penuh dengan haiwan ini. Tiada apa yang dapat membantu.

See also  Saya hampir angkat bendera putih

 

Akhirnya apabila pengepungan Nazi Jerman berjaya dipecahkan pada tahun 1943, gerabak keretapi yang penuh dengan kucing merupakan “askar komando” pertama yang dibawa memasuki Leningrad.

 

Rejimen ini yang digelar “Meowing Division”, dengan cepat menangani masalah dan menyelamatkan bandar dan tentera yang tinggal daripada wabak penyakit yang dibawa tikus.

 

Monumen untuk mengenang jasa kucing-kucing ini didirikan oleh penduduk St. Petersburg boleh dilihat pada hari ini.

See also  Tip penting permulaan penjagaan kucing :-

 

Ini juga adalah cara mereka untuk meminta maaf pada kucing dan berterima kasih pada haiwan ini.

 

Jangan sesekali buat hal dengan kucing di St. Petersburg, Russia.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Sejarah St Petersberg Bandar Kucing " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385603
Users Today : 1681
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17366
Users Last 30 days : 60919
Users This Month : 12607
Users This Year : 385602
Total Users : 385603
Views Today : 2582
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25748
Views Last 30 days : 92881
Views This Month : 18667
Views This Year : 593361
Total views : 593362
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares