Tembikai: Adakah Ia Viagra Semula Jadi?

Stamina lelaki selalu disebut-sebut sebagai kunci utama yang boleh memberikan kenikmatan seksual.
Namun malangnya, satu daripada tiga lelaki dilaporkan mempunyai masalah sehingga tidak boleh bertahan lama di atas ranjang.
Secara umum, viagra berfungsi dengan mengendurkan pembuluh darah pada zakar di samping melancarkan aliran darah segar daripada jantung menuju zakar.
Semakin deras aliran darah ke zakar, semakin kuat dan besar ereksi yang diperoleh.
Penyelidik percaya bahan asid amino yang dipanggil citrulline terdapat dalam tembikai, yang melegakan dan melancarkan saluran darah seperti viagra dimaksudkan untuk merawat masalah lemah zakar.
Amalan makan buah tembikai secara konsisten disamping menghentikan pengambilan gula, gluten dan lemak tepu akan memulihkan fleksibiliti salur darah.
Bagaimanapun citrulline bukan seperti Viagra yang memberi kesan segera sebagaimana yang diinginkan.
Jika anda ingin merawat masalah zakar lembik secara semulajadi melalui pemakanan tembikai, pastikan bahawa anda mematuhi perkara berikut:
1) Mengawal diabetes dengan menghentikan merokok, vapes, pengambilan gula, minum manis, gandum dan makanan segera dijual.
2) Mengamalkan pengambilan air putih antara 2 hingga 3 liter sehari
3) Pengambilan secara harian buah-buahan berkhasiat disamping buah tembikai.
Salur darah yang sihat akan memastikan kelancaran darah.
Zakar lebih keras dan tahan lebih lama semasa hubungan intim.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Tembikai: Adakah Ia Viagra Semula Jadi? " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.