Bagaimana merawat gout secara sains dari pengalaman pesakit 

Gout ialah radang sendi terjadi apabila kuantiti asid urik berlebihan dalam darah. Saiz molekul asid urik merumitkan perlepasan melalui buah pinggang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ini menyebabkan asid urik berada di dalam darah dalam tempoh yang lama. Ianya akan membentuk Kristal bila berkumpul di sendi-sendi harus terutama di bahagian kaki.

Kristal yang tajam-tajam akan menyebabkan bengkak yang menyakitkan.

 

Asas kepada rawatan gout ialah elak dari mengambil makanan tinggi purin dan makanan yang menyebabkan keradangan atau bengkak salur darah badan.

 

Panduan merawat gout secara sains pemakanan

 

1. Elak mengambil makanan segera seperti mi segera burger hotdog ayam goreng pizza. Makanan ini mengandungi lemak jahat yang menyebabkan bengkak tidak terkawal.

See also  Senggugut sakitnya menganggu emosi

2. Pastikan mengambil air kosong sekurang-kurangnya 2 point 5 liter setiap hari. Air yang mencukupi mudah melarut kan asid urik untuk dikeluarkan melalui air kencing.

 

3. Elak memakan daging merah dan daging haiwan berkaki empat kerana purin tinggi di dalam daging berkenaan.

 

4. Elakkan makanan laut dan ikan seperti ikan makeral, ikan sardin dan ikan bilis.

 

5. Elakkan mengambil kekacang kerana ia juga kaya dengan protein.

 

6. Air bergas, makanan dan minuman yang manis juga menyebabkan tahap asid urik menjadi tinggi.

See also  Sayuran dan buah-buahan stabilkan gangguan emosi (mood swing)

 

7. Pengambilan cuka buah seperti cuka buah tin atau cuka epal dapat membantu mengurangkan tahap asid urik dalam tubuh. Ia mengandungi asid malik yang memecahkan struktur asid urik. Campurkan satu sudu besar cuka tin bersama segelas air kosong.

Boleh campurkan pemanis organik madu atau stevia untuk rasa enak. Ambil 4-6 gelas sehari.

8. Buah-buahan berwarna seperti delima, strawberi atau buah naga kerana ia mengandungi anthocyanin, yang membantu merendahkan urid asid urik.

 

9. Makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan menghalang penyerapan asid amino purine ke dalam tubuh.

 

See also  Bagaimana mengira keperluan air untuk badan kita.

10. Limau dan oren mengandungi asid sitrik dan vitamin C yang banyak bagus untuk menurunkan tahap asid urik. Vitamin C dan vitamin E juga menghalang keradangan dalam tubuh.

 

11. Minyak zaitun mengandungi sebatian polifenol yang tinggi, dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bagaimana merawat gout secara sains dari pengalaman pesakit  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155729
Users Today : 519
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24124
Users Last 30 days : 79553
Users This Month : 49454
Users This Year : 155728
Total Users : 155729
Views Today : 875
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36387
Views Last 30 days : 122429
Views This Month : 75706
Views This Year : 238096
Total views : 238097
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares