Hormon testosteron sangat penting kerana membekalkan kekuatan dan kepuasan seks bagi lelaki.

Tinggi rendahnya testosteron amat mempengaruhi kehidupan seseorang.
Dari Kajian European journal of applied physiology mendapati aktiviti bersenam agresif merendahkan hormon testosteron dalam darah.
Testosteron juga menurun mengikut peningkatan usia, masalah stres dan penyakit kronik serta akibat pengambilan ubat mengawal kolestrol.
Kolesterol penting kerana menjadi bahan menghasilkan Hormon testosteron. Jika kolesterol rendah maka tahap testosteron juga akan menurun.
Kesannya ialah beberapa tanda seperti berikut:
1. Hilang selera seks. Kurang upaya melakukan seks sehingga memuaskan pasangan.
2. Zakar mengalami masalah lembik tidak mampu melakukan hubungan intim.
3. Kegemukan, obesiti
4. Rambut keguguran
5. Lesu dan mudah penat
6. Berkurangan kekuatan otot
7. Mudah murung dan baran
8. Kurang fokus dan sering memuat kesilapan dalam pekerjaan.
9. Sering lupa mudah mengidap Alzheimer
10. Tulang tidak fleksibel dan rapuh
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Awas Tanda - tanda hormon testosteron merosot " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.