Lelaki berusia 40 tahun akan mula mengalami penurunan hormon seks.

Jika anda kerap rasa lesu dan mudah marah, itu isyarat anda sedang mengalami andropaus!
Apa itu andropaus?
Andropaus merujuk kepada satu keadaan di mana lelaki secara perlahan-lahan hilang minat untuk melakukan aktiviti seksual seiring dengan umur yang kian meningkat.
Definisi andropaus – ‘Andro’ yang bermaksud lelaki dan ‘pause’ yang bermaksud berhenti dalam Bahasa Greek ini tepat sekali menggambarkan keadaan lelaki andropaus.
Apabila mencecah umur 40 hingga 50 tahun, kebanyakan lelaki akan mula hilang keinginan untuk melakukan hubungan seks.
Ada yang mula mengalami mati pucuk dan kesukaran untuk mengawal emosi.
Andropaus berlaku apabila penurunan hormon testosteron dalam badan lelaki.
Testosteron ialah hormon yang bertanggungjawab memberi lelaki imej ‘jantan’ seperti misai, janggut dan suara.
Penurunan ini tidak dapat dielakkan dan akan berlaku kepada semua lelaki disebabkan proses penuaan.
Oleh itu, kaum adam jangan pula takut kepada andropaus! Ia merupakan sesuatu yang natural dan sebahagian daripada kehidupan.
Berbanding menopaus yang mempunyai tanda jelas seperti terhentinya haid, lelaki tidak mempunyai simptom seperti itu untuk menandakan mereka telah mencapai andropaus.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Andropaus fenomena lelaki berusia " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.