Kemunculan varian Delta sekitar Mei 2021 dengan gejala ganasnya menggerunkan penduduk dunia.

November 2021 hadir pula varian Omnicron dengan simptom semakin melemah.
Pesakit Varian Delta didapati mengalami gejala sangat teruk seperti
1. Kesukaran bernafas
2. Sukar makan dan kerap muntah
3. Hilang deria bau dan rasa
4. Badan lemah dan menggeletar
5. Batuk yang teruk hingga muntah
6. Oksigen dalam darah mudah merosot hingga paras 90%
Manakala gejala Varian Omnicron jauh lebih ringan.
1. Demam 40°C untuk 2 hari.
2. Selsema selama 2 hari
3. Batuk tetapi tidak ketahap muntah. Batuk berpanjangan dan semakin berkurangan selepas 5 hari.
4. Paras oksigen dalam darah stabil sentiasa diatas paras 95%
Rawatan yang diambil termasuklah ubat paracetamol/ibuprofen, citrizine untuk selsema dan sirap batuk . Pastikan semua ubatan memiliki kelulusan KKM.
Rawatan lain seperti minum banyak air kosong, madu kelulut, minum teh rempah , teh halia dan air Kelapa sangat membantu meredakan gejala
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Cerita pengalaman pesakit Covid-19 varian Delta dan Omicron " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.