Sungguh menginsafkan pengakuan pesakit Covid-19 walaupun ada duit banyak tetapi tak boleh beli nafas.
Satu kisah DISERANG COVID-19 dan terpaksa ditidurkan.

Kisah seorang pemuda di jangkiti virus Covid-19 varian Delta pada Julai 2021
Peringkat awalnya Jamin ( Bukan Nama Sebenar) berasa tak sedap badan dan mengambil keputusan untuk berehat.
2 hari kemudian deman kuat mula menyerang Jamin. Deria bau dan rasa sudah hilang. Berdetik dalam hati Jamin berasa telah dijangkiti Covid-19.
Bergegas ke sebuah klinik swasta untuk membuat ujian dan pengesahan. Pihak klinik memaklumkan sebelah malam bahawa Jamin positif Covid-19.
Jamin terima hakikat dan terus ambil ubat serta berehat.
Keesokan harinya Jamin hadir ke Klinik Kesihatan untuk melakukan ujian swab. Setelah ujian dilakukan jamin diarah pulang yang menunggu dua hari untuk mendapat keputusan.
Dalam masa dua hari berkenaan yang merasakan dadanya semakin sesak sukar untuk menarik nafas. Rasanya sangat azab seperti hampir kehilangan nyawa.
Setelah keputusan keluar dan disahkan positif covid 19 , Jamin dimasukkan ke Hospital Tampin untuk rawatan intensif oksigen.
Paras oksigen terus meruncing hingga Jamin di pindahkan ke Hospital Seremban.
Pilihan terakhir ialah ditidurkan dan doktor memberitahu jika tidak ditidurkan paru paru akan mengalami kerosakan sepenuhnya.
Walaubagaimanapun proses tidur bergantung kepada kesihatan jantung. Jika jantung kuat pesakit akan sedar semula.
Dan jika sebaliknya Pesakit akan meninggal dunia.
Jamin diberi tempoh membuat keputusan dan akhirnya beliau memilih untuk ditidurkan.
Sebelum ditidurkan Doktor memberi peluang mengucap dua kalimah syahadah dan membuat panggilan video kepada anak dan isteri. Kemudian Doktor mengambil telefon Jamin dan beberapa saat Jamin telah masuk ke alam lain.
Setelah 3 minggu ditidurkan akhirnya Jamin sedar dan amat bersyukur mendapat kembali kehidupannya bersama anak dan isteri.
Jamin menceritakan pelbagai mimpi ngeri dialami semasa ditidurkan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah pesakit Covid-19 hidup semula selepas tidur 3 minggu " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.