Penubuhan Pasukan Tentera Pelbagai Kaum

Penubuhan Batalion Pertama Regimen Persekutuan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

16 Disember 1953 – Dalam tahun 1953, Batalion Pertama Regimen Persekutuan telah ditubuhkan dengan rasminya bersempena dengan perbarisan ulungnya di Taiping, Perak.

Upacara berwarna-warni ini telah mencatatkan satu detik yang bersejarah ke arah perkembangan angkatan tentera yang menjadi benteng pertahanan di negara ini.

 

General Sir Gerald Templer yang merupakan ‘bapa’ kepada regimen ini tidak dapat turut bersama di hari yang bersejarah ini kerana uzur.

See also  [VIDEO] Mengamuk sebab tak dapat makan

 

Beliau telah diwakili oleh General Sir Hugh Stockwell yang telah menerima tabik kehormatan dan membaca perutusan Sir Gerald Templer.

 

Di dalam perutusannya, Sir Gerald Templer antara lain telah mengingatkan anggota-anggota tentera bahawa tingkah laku, disiplin dan keberanian mereka adalah perkara yang penting yang mempengaruhi keadaan negara ini yang sedang menuju ke arah kemajuan dan pembentukan identitinya.

 

Batalion Pertama Regimen Persekutuan ini merupakan pasukan tentera yang julung-julung kalinya dianggotai oleh semua kaum.

See also  [Video] Jangan lupa 2004 Tragedi Bencana Tsunami meragut 216,858 nyawa.

Anggota- anggotanya terdiri dari 40 peratus Melayu, 40 peratus Cina dan 20 peratus India serta kaum-kaum lain. Kumpulan pelatih pertama seramai 140 orang mula menjalani latihan dalam bulan September 1952.

Jurulatihnya dipinjam dari Pasukan Tentera British dan Pasukan Askar Melayu. Seramai 440 orang anggota lain-lain pangkat telah menyertai perbarisan tamat latihan ini. Pegawai Pemerintah Pertama bagi Batalion ini ialah Leftenan Kolonel T. H. Trevor.

See also  Bahagian -3 Peristiwa berdarah 23 Februari 1950 serangan Komunis keatas Balai Polis Kepong

Upacara perbarisan dan penubuhan Batalion Regimen Persekutuan ini sesungguhnya merupakan satu catatan bersejarah dalam perkembangan angkatan tentera di negara ini.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penubuhan Pasukan Tentera Pelbagai Kaum " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124419
Users Today : 3842
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22091
Users Last 30 days : 69764
Users This Month : 18144
Users This Year : 124418
Total Users : 124419
Views Today : 5780
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33559
Views Last 30 days : 108263
Views This Month : 27672
Views This Year : 190062
Total views : 190063
Who's Online : 13
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares