Ini pengalaman pertama kena kepada diri sendiri ujar Anini(Bukan Nama Sebenar) memulakan bicara.

Kebiasaannya membaca perkongsian rakan rakan positif Covid-19 bermacam-macam cerita perit getir berlawan dengan virus yang agresif ini .
21/2/2022 – Seorang rakan sepejabat bergejala sakit tekak telah positif Covid-19. Semua yang ada kontak rapat termasuk aku juga positif.
23/2/2022 Bermula kuarantin dirumah. Malamnya bermula gejala demam dan sukar untuk tidur. Sebelum ini hanya sekadar mendengar cerita, tetapi kali ini mengalami sendiri
24/2/2022 Demam sangat tinggi 40°C. Aku telan ubat demam Ibuprofen 684mg. Batuk semakin kerap dan tekak rasa perit.
Terus tingkatkan air kosong dan air suam.
Pemakanan banyak makan buah buahan untuk mendapatkan vitamin C.
Aku guna madu kelulut untuk redakan sakit tekak dan batuk.
Setiap 3 jam aku minum 3 sudu madu kelulut. Alhamdulillah rasa lega batuk dan juga tekak kurang perit.
25/2/2022 Masih demam tetapi tidak setinggi semalam. Suhu sekitar 37.6%. Selera makan seperti biasa. Deria bau dan rasa juga tidak terganggu.
26/2/2022 Demam sudah reda. Batuk berkahak masih belum reda. Aku terus minum air suam setiap ½ jam dan air kosong 2 liter sehari.
2/3/2022 lengkap Kuarantin rumah . Batuk sekali sekala masih lagi dialami. Cuba senaman ringan dalam rumah untuk memulihkan tenaga.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Diari Pengalaman kuarantin rumah selepas sah positif Covid-19 " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.