Lipas gemar merayau merayap dicelah kabinet dapur, ditempat stok makanan.

Memang satu sangat merimaskan melihat lipas bermaharajalela segenap ruang.
Kebiasaannya racun serangga diguna tetapi risau juga bahan kimia berkenaan meresap pula dalam makanan.
Kaedah semulajadi menggunakan rempah berkesan menghalau serangga berkenaan.
Caranya;
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
Rempah berkenaan ditumbuk pecahkan supaya menghasilkan berbau kuat.
2. Masukkan dalam kain jaring dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
Gantikan rempah baru setiap 7 hari supaya bau kuat meresap ke setiap celah celah kabinet.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Petua halau Lipas berkeliaran dalam rumah " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.