
1. Menghilangkan nafas berbau
Daun sirih membantu menghilangkan nafas berbau. Untuk masalah nafas berbau, ada dua cara untuk anda lakukan. Cara pertama ialah dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan.
Cara kedua ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis. Gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.
2. Merawat kulit dan masalah jerawat
Bagi anda yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, daun sirih mampu menyelesaikan masalah anda.
Salah satu kebaikan yang terdapat di dalam daun ini adalah kavikol. Kavikol mampu membunuh bakteria yang bersarang pada kulit wajah.
Untuk menghilangkan jerawat, anda boleh jadikan daun sirih sebagai masker. Caranya, sediakan 3 helai sirih. Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk dan masukkan 3 helai daun sirih tersebut.
Masak sehingga mendidih. Tunggu sehingga air rebusan sirih suam. Basuh muka anda dan ratakan daun sirih tersebut di seluruh muka terutamanya kawasan berjerawat.
Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas wajah anda mengunakan air suam.
Selain dijadikan masker, daun sirih juga boleh direbus dan diminum. Caranya, sediakan 2 – 3 helai daun sirih, panaskan air dan masukkan daun sirih tersebut.
Setelah air mendidih, ambil daun sirih tadi dan kisar sehingga halus. Selepas itu, tapiskan ampas daun sirih itu.
Jika anda tidak gemar dengan rasa pahit air daun sirih, letakkan 1 sudu madu untuk mengurangkan rasa pahit.
Bagi mendapatkan hasil yang cepat, amalkan masker & minum air rebusan setiap hari.
3. Mengubati keputihan dan kegatalan pada bahagian sulit wanita
Keputihan adalah normal bagi wanita, namun jika keputihan yang menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal, masalah ini harus di atasi kerana ini boleh mengakibatkan jangkitan di bahagian faraj anda.
Dengan kandungan minyak atsiri, anti septik semulajadi serta anti mikrob yang dapat membasmi kuman dan bakteria penyebab keputihan, daun sirih membantu mengubati keputihan.
Caranya, sediakan 5 – 10 helai duan sirih. Rebus daun sirih tersebut dengan air sebanyak 500 ml sehingga mendidih.
Kemudian biarkan air rebusan daun sirih tersebut hingga suhu bilik dan tapis hampas daun sirih.
Gunakan air rebusan tersebut untuk membasuh kemaluan anda. Lakukan 2 kali sehari sehingga keputihan dan kegatalan hilang.
4. Mengurangkan bengkak gusi
Untuk gusi bengkak pula, ambil 5-6 helai daun sirih lalu direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih.
Setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.
5. Menghilangkan bau badan
Untuk menghilangkan bau badan, ambil 2 hingga 3 helai daun sirih. Rebus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih.
Keluarkan daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.
6. Melancarkan haid & meredakan senggugut
Bagi wanita yang sering mengalami masalah kitaran haid atau senggugut, anda boleh mencuba minum air rebusan daun sirih.
Caranya, sediakan 3 – 5 helai daun sirih. Rebus daun sirih tersebut sehingga mendidih. Tunggu air rebusan tersebut sejuk dan menjadi suhu bilik. Tapis dan minum semasa datang haid.
7. Mengubat penyakit asma
Bagi anda yang mempunyai penyakit asma, rebusan daun sirih dapat menbantu anda mengatasi gejala -gejala disebabkan asma.
Caranya, sediakan 4 – 5 helai daun sirih. Rebus daun sirih tersebut dengan 2 gelas air hingga mendidih.
Pastikan anda minum rebusan tersebut secara rutin iaitu minum 2 – 3 kali sehari, tidak kira anda mengalami asma atau pun tidak.
8. Bantu legakan batuk
Salah satu khasiat dari daun sirih ialah bantu legakan batuk. Caranya, rebus 5 helai daun sirih dengan 300 ml air. Minum 2 kali sehari, pagi dan malam semasa anda batuk.
9. Bantu rawat sakit jantung
Daun sirih juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk redakan sakit jantung. Caranya, tumbuk 3 helai daun sirih bersama 1 sudu makan jintan putih & 3 ulas bawang merah.
Tuang secawan air panas. Biarkan sehingga suam dan tapis. Minum 2 kali sehari.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 9 Petua Khasiat Daun Sireh " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.