Selain sebagai penawar, betik terkenal untuk mencantikkan kulit kusam
1. Ubat sembelit dan buasir
Fiber tinggi membantu merawat masalah penyakit buasir berdarah.
Betik sangat membantu penghadaman makanan serta bekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat jauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut.


2. Cegah batu karang
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi yang menghidap kencing tak lawas dan yang ada berbagai masalah pada sistem kencing.
Bila dapat buang air kecil dengan baik, maknanya kita dapat jauh dari masalah batu pada pundi kencing.
3. Sebagai tonik tambahan
Makan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan.
Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan.
Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
4. Merawat masalah kulit – rawat masalah kulit jerawat dan masalah kedutan.
Caranya : hancurkan buah betik kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
5. Merawat masalah usus kembung, perut meragam
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " BUAH BETIK Penawar dan mencantikkan kulit " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.