Tomato buah kaya nutrisi dan terkenal untuk kecantikan kulit

Tomato boleh dimakan begitu saja untuk mendapatkan nutrisinya dan kandungan air yang tinggi bagi melembapkan kulit dan sarat dengan mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B kompleks, tiamin, folat dan niacin. Bukan saja baik untuk kulit tetapi menjaga kesihatan mata.
Kandungan antioksidan seperti lycopene dan zea-xanthin dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas seperti bahan perasa sintetik dan lemak sintetik.
Bersifat antikanser dan mengelak reaksi kerosakan akibat pemakanan harian dan pendedahan kepada elemen alam sekitar sehingga merosakkan kesihatan dan menjejaskan penampilan
Ia mampu memulihkan sel dan membina otot memandangkan tomato mempunyai kandungan protein.
Merawat liang roma terbuka dengan cara mencampurkan empat sudu jus tomato dengan satu sudu air, sebelum disapu ke seluruh muka menggunakan bola kapas. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci.
Menyerikan wajah dengan cara menggosok potongan tomato pada kulit sehingga jus menyerap ke dalam kulit. Ia juga boleh membantu meratakan warna kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat.
Biji tomato mempunyai khasiat yang mampu merawat pelbagai masalah kulit. Ia boleh membantu melawan masalah penuaan pramatang dengan cara menyapu tomato kisar ke wajah sebelum tidur dan hanya basuh keesokan paginya.
Merawat jerawat dan ruam panas. Belah tomato dan sapukan pada wajah ataupun sapukan isi tomato pada wajah dan biarkan kira-kira satu jam. Sapu secara konsisten mampu memberi kesan ketara.
Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah. Sebum terlalu banyak boleh menyumbat liang roma, seterusnya menyebabkan jerawat dan parut pada wajah. Tomato membantu mengurangkan masalah minyak berlebihan seterusnya kulit lebih licin dan bersih.
Tomato bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi, sekali gus membantu memberikan wajah lebih muda kepada mereka yang rajin mengamalkannya.
Ia juga mengandungi lapisan minyak semula jadi yang boleh digunakan sebagai penyegar semula jadi selepas kulit dicuci bersih.
Pengambilan tomato setiap hari mampu melawan kerosakan sel pada tahap selular, seterusnya membantu kulit kelihatan lebih anjal dan kurang garis halus.
Menyapu tomato pada kulit membantu mencerahkannya secara semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.
Kulit lebih lembut dan bermaya. Campuran jus tomato dan madu melembapkan kulit dan menjadikannya lebih berseri.
Jus tomato juga boleh disapu dan digosok menggunakan tangan dengan cara membulat. Ia dapat menyingkirkan sel kulit mati, seterusnya kulit menjadi lebih gebu dan cerah
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " TOMATO tinggi nutrisi terkenal mencantikkan kulit " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.