Serai Halia antara ramuan Kecantikan dan Kesihatan Dalaman Wanita 

Petua tradisional amalan turun temurun berkesan untuk kecantikan dan kesihatan wanita.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

1. Rebusan Serai dan Halia

3 batang serai dan juga 4 cm halia yang diketuk kedua-duanya sebelum direbuskan dengan 3 gelas air sehingga mendidih menjadi segelas air sahaja yang boleh diminum ketika air menjadi suam. Minum selepas makan pada waktu siang hari.

 

Rebusan serai dan halia ini boleh diamalkan 3 kali dalam seminggu. Khasiat rebusan ini mampu menghilangkan letih dan lenguh-lenguh badan, mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi, sakit urat saraf selain mampu membuang angin dalam badan dan juga untuk penjagaan dalaman wanita.

See also  Kopi Asli tanpa sebarang campuran terbukti meredakan gastrik

 

2. Rebusan Daun Sirih

3 helai daun sirih perlu direbuskan dengan 3 gelas air sehingga menjadi segelas selepas mendidih. Ia lebih elok diminum suam-suam suku.

 

Boleh campurkan dengan 3 kuntum bunga cengkih sebagai tambahan untuk menghilangkan bau badan, memulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Rebusan air ini sebaiknya diamalkan setiap seminggu atau 10 hari sekali.

 

3. Rebusan Daun Inai dan Daun Sirih

Segenggam daun inai dicampurkan dengan 3 helai daun sireh yang kemudiannya direbuskan dengan 3 gelas air sehingga menjadi segelas air sahaja selepas direbus kemudian minum waktu suam.

See also  Manfaatkan kopi untuk kecantikan kulit

Rebusan ini sangat sesuai digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dalaman wanita yang teruk serta mempunyai lendiran di bahagian kewanitaan anda yang banyak itu. Selain itu ia juga mampu menghilangkan bau dan sangat baik diamalkan selepas haid.

 

4. Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit

3 batang serai, 3 cm halia tua atau muda dan 2 cm kunyit hidup. Ketiga-tiga bahan ini perlu diketuk. Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, daun pandan sehelai dan juga sedikit gula batu atau madu lebah sekiranya suka.

See also  9 Petua Khasiat Daun Sireh

 

Rebusan campuran semua bahan ini boleh diminum setiap kali sebelum dan selepas haid. Cukup dengan mengamalkan sekali dalam sebulan. Fungsi kesemua bahan ini mampu mewangikan kewanitaan kita serta turut menyegarkan badan.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Serai Halia antara ramuan Kecantikan dan Kesihatan Dalaman Wanita  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378315
Users Today : 1910
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16454
Users Last 30 days : 61705
Users This Month : 5319
Users This Year : 378314
Total Users : 378315
Views Today : 2622
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24499
Views Last 30 days : 94751
Views This Month : 7787
Views This Year : 582481
Total views : 582482
Who's Online : 12
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares