Tahukah anda ketinggian rasmi merdeka 118 adalah 678.9 meter!
Merdeka 118 yang terletak di Bukit Petaling Jalan Hang Jebat Kuala Lumpur bersebelahan Stadium Negara dan Stadium Merdeka.

Telah dinobatkan secara rasminya bangunan tertinggi di Malaysia, bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan Bangunan kedua tertinggi di Dunia selepas Burj Khalifa Dubai.
Ketinggian keseluruhan bangunan Merdeka 118 ini ialah 678.9 meter berbanding Burj Khalifa Dubai yang berketinggian 829.8 Meter.
Mercu tanda Malaysia ini akan menjadi pusat ekonomi syarikat ternama dunia dan pulangan hasil sewaan ruang pejabat akan menjadi pulangan kepada pemegang saham ASB/ASNB yang diuruskan oleh PNB.
Reka bentuk bangunan itu diilhamkan bayangan tangan ikonik Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman ketika melaungkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali di Stadium Merdeka pada 31-8-1957.
118 ialah jumlah keseluruhan tingkat dalam bangunan berkenaan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Tahukah anda Merdeka 118 bangunan kedua tertinggi didunia " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.