GOUT adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Kebanyakan Gout menyerang kaum lelaki dan amat jarang menyerang wanita dan kemungkinan berlaku pun hanya kepada wanita yang telah berusia.
Apabila Gout menyerang, kaki atau sendi akan berasa bengkak, amat panas dan sakit sehingga menyukarkan seseorang itu untuk berjalan.
Selain dari berusaha untuk mengubatinya, adalah lebih baik untuk kita cuba mencegahnya pula kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Betul tak?
Serangan penyakit gout berpunca dari pemakanan tidak sihat mengandungi gula tinggi dan purin tinggi.

Kajian terbaru mendapati mereka yang kerap mengambil kopi tanpa gula atau pemanis didapati kurang mendapat serangan gout berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.
Diingatkan bahawa gula meningkat asid urik dalam darah.
Kopi asli tanpa sebarang campuran didapati menurunkan asid urik. Kesannya serangan gout berkurangan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kopi tanpa campuran bantu cegah gout terutama lelaki " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.