Pulih ketagihan gula bukan mustahil tetapi perlu disiplin kuat

Ketagihan gula merupakan satu penyakit kronik

 

Ketagihan merupakan satu penyakit kronik. Kesannya ketagihan memang memudaratkan. Antaranya merosak kecerdasan otak, mengakibatkan obesiti dan diikuti oleh penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan jantung.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Rasa manis dan masin adalah perisa paling kerap menyebabkan ketagihan di seluruh dunia. Ini menjadi sasaran utama penjual produk makanan untuk sentiasa melariskan jualan.

 

Mereka membina kekayaan dengan kaedah mewujudkan hamba abdi ketagihan gula.

Isu pengambilan gula berlebihan sehingga mencetuskan ketagihan bukanlah perkara baru terutama di negara kita yang memang terkenal dengan kepelbagaian makanan.

 

Di Malaysia, pengambilan gula sangat tinggi. Dalam satu kajian tempatan mendapati secara purata pengambilan gula di kalangan rakyat negara ini ialah 75 gram sehari – jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang daripada 50 gram sehari.

 

Maka tidak hairan jika kita sering mengalami masalah ketidakcukupan gula yang turut menyumbang kepada peningkatan terus kadar obesiti di negara kita. Mengejutkan Malaysia negara paling obes di Asia dan kedua di Dunia.

See also  Covid19 mengubah cara perniagaan Hotel Red Rock

 

Obes adalah penyakit kronik yang boleh mencetuskan penyakit diabetes, ginjal rosak, jantung, kanser,gout dan banyak lagi.

 

15.2 peratus rakyat Malaysia telah disahkan menghidap penyakit diabetes. Puncanya pengambilan gula terlampau tinggi.a

 

 

Ketagihan gula ini asasnya ialah rasa sedap dan dapat meredakan tekanan.

 

Apabila kita makan makanan manis seperti gula-gula, coklat, biskut, kek atau kuih-muih, badan akan mengeluarkan hormon insulin bagi mengangkut gula dari darah ke dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga.

Insulin ini akan merangsang otak untuk mengeluarkan bahan kimia (neurotransmiter) yang dipanggil serotonin. Bahan ini akan membuatkan fikiran kita tenang dan memberikan badan rasa ‘sihat’.

Bagaimanapun, berlebihan serotonin akan menyebabkan badan mengkehendaki lebih banyak gula yang mencetuskan kitaran ketagihan.

 

Semua makanan mengandungi karbohidrat secara amnya akan membekalkan gula kepada badan kita. Maka amat penting hanya mengambil kabohidrat sihat sahaja seperti ubi, pisang dan beras rendah G.I.

See also  Labu kuning fiber tinggi berkesan rawat obesiti.

 

Gula pasir punca utama masalah diabetes dan pertambahan berat badan.

 

Gula ada banyak nama, seperti sirap beras perang, jagung, malta, laktosa, glukosa, fruktosa, sukrosa, dekstrosa, molass, jus tebu sejat dan madu.

 

Bukan makanan manis saja mengandungi gula tetapi produk tidak manis juga ada gula dan ia dipanggil gula tersembunyi seperti di dalam kebanyakan sos termasuk sos cili, tomato, spageti dan salad.

 

Bahkan roti juga mengandungi banyak gula selain serbuk minuman segera tidak kira kopi, teh ataupun coklat serta semua makanan diproses yang dicampur dengan banyak bahan tersembunyi memberi rasa ketagih. Ketagih akan melariskan jualan produk.

 

Ketagihan gula boleh dikawal dengan mendisiplinkan diri dengan cara makan buah buahan. Dalam masa yang sama pengambilan gula pasir hendaklah dihentikan.

 

Makan sedikit. Setiap kali anda berasa desakan untuk makanan manis, ambillah kuantiti sedikit sahaja. Sekadar menghilangkan rasa gian kepada gula.

See also  Ibu cemas bawa balik bayi orang lain

 

Bagi yang bersemangat tinggi boleh terus dengan kaedah drastik berhenti mengambil gula.

 

Harus diingat kesan tekanan ketagihan akan mendesak dalam tempoh 48-72 jam.

 

Anda perlu bertahan sambil makan buah buahan atau kacang kacang.

Ubah kepada minum kopi atau teh tanpa gula.

 

Kenapa perlu membayar untuk makanan ketagih yang seterusnya mengkayakan penjual sahaja.

Penjual tidak peduli apa akan jadi kepada pelanggan  akibat dari memakan produk mereka, yang utama adalah kaut keuntungan sebanyak mungkin.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pulih ketagihan gula bukan mustahil tetapi perlu disiplin kuat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139734
Users Today : 910
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21863
Users Last 30 days : 74390
Users This Month : 33459
Users This Year : 139733
Total Users : 139734
Views Today : 1247
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33895
Views Last 30 days : 115062
Views This Month : 51637
Views This Year : 214027
Total views : 214028
Who's Online : 53
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares