Secara tradisi kunyit sebagai ramuan masakan dan herba untuk merawat wanita bersalin.

Kini kajian membongkar rahsia kunyit mempunyai bahan penyembuh yang tidak memberi kesan sampingan.
Kukumin yang memberi warna kuning pekat itu sebenarnya memiliki penawar kuat untuk pelbagai masalah kesihatan antaranya merawat kanser, masalah bengkak pada tangan kaki, penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, menstabilkan paras gula dan meredakan masalah kemurungan .
Secara khususnya kunyit mujarab untuk merawat keradangan.
Susu kunyit ialah Campuran kunyit dengan lemak sihat seperti susu lembu asli, susu kambing asli, susu almond atau santan .
Apabila diminum sebelum tidur didapati sangat efektif dalam menyembuhkan sakit badan, sakit sendi, kerongkong, batuk dan selsema.
Juga meredakan keradangan usus seperti GERD dan gastrik.
Susu dan kunyit merupakan detoks yang sangat baik bagi tubuh.
Ia membantu menyingkirkan toksin akibat gaya hidup yang tidak sihat dari badan anda.
Campuran dua bahan ini akan membantu meredakan rasa sakit, bengkak dan juga luka pada setiap bahagian tubuh.
Minuman ini akan menguatkan tulang dan juga otot serta memperbaiki fleksibiliti otot tubuh.
Bagi kaum wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada perut ketika menstruasi, campuran dua bahan ini akan menjadi satu resepi yang boleh menghilangkan rasa sakit dan membuatkan tubuh anda tenang.
Kunyit juga memiliki manfaat dalam melangsingkan tubuh dan mencantikkan kulit dari menjadi kusam.
Komposisi zat yang terkandung dalam kunyit boleh memecahkan lemak, sekaligus menjadikan tubuh anda lebih langsing dan sihat.
Sebaiknya guna Kunyit hidup berbanding kunyit serbuk dipasaran.
Kunyit serbuk ada kemungkinan telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan.
Gunakan 2-3 inci kunyit ditumbuk halus dan direndam dalam air mendidih. Setelah suam campurkan dengan segelas susu asli atau santan.
Elakkan guna susu kotak kerana banyak kandungan nutrisi telah musnah akibat proses kilang.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Susu Kunyit Dan Kesan mencantikkan kulit " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.