Penyakit Parkinson adalah gangguan sistem saraf progresif yang menjejaskan pergerakan. Ia kerapkali berlaku dalam kalangan orang tua. Namun, penyakit ini boleh juga berlaku di usia muda.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan prevalens penyakit ini bertambah mengikut umur di mana 41 per 100,000 penduduk berumur 40’an kepada lebih daripada 1,900 per 100,000 dalam kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas.
Walaupun penyakit Parkinson tidak dapat diubati , terapi pemakanan dan ubat-ubatan membantu meredakan gejala yang dihadapi dengan ketara.
Oleh itu, dapatkan diagnosa dan rawatan awal di fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Hidup dengan penyakit Parkinson boleh mencetuskan pelbagai masalah emosi, seperti kejutan diagnosis, kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal.
Dapatkan sokongan bagi menangani masalah emosi anda dengan:
✔️ Kekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan, dan penjaga anda
✔️ Sertai kumpulan sokongan untuk berkongsi pengalaman dan perasaan
✔️ Dapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh memberikan sokongan sosial
Sumber KKM
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 11 April merupakan Hari Parkinson Sedunia. " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.