Malangnya Ubi keledek ungu untuk kecerdasan otak tetapi dipinggirkan

Ubi keledek ada 3 jenis iaitu putih, oren dan ungu.

 

Kajian kali ini memfokuskan kepada khasiat keledek ungu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ubi keledek mengandungi komponen yang membantu fungsi otak dengan baik, antaranya choline dan manganese.

Chroline adalah nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. 

 

Mangan pula penting untuk kesihatan otak. Ia mengikat kepada neurotransmitter dan membantu menggerakkan isyarat elektrik melalui badan anda dengan lebih cepat.

 

Anda boleh menemui 43% nilai harian mangan anda dalam satu cawan ubi keledek bakar.

 

KELEDEK UNGU ialah makanan terhebat. Mengandungi Anti oksida dan anti radang yang tinggi.

 

Ubi ini sangat baik untuk OTAK. dan kesihatan usus iaitu otak no.2.

 

Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.

See also  Mengejutkan 80% orang dewasa kekurangan Magnesium dalam badan.

 

Vitamin A untuk apa?

Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata.

 

Berita baik untuk pesakit gout, Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU menurunkan asid urik sebanyak 30%.

 

Ubi keledek biru juga membekalkan set Vitamin dan mineral berikut:

 

1. Vitamin B6

Ubi keledek mengandungi vitamin B6 penting untuk pemulihan mood, loya bagi ibu hamil, kesihatan otak dan mengurangkan risiko Alzheimer.

 

2. Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan badan. Vitamin C mencukupi menjamin keremajaan kulit, fungsi hormon, saraf, anti keradangan dan anti oksidan.

 

3. Anti-oksidan

Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.

 

4. Zat Besi

See also  Apa itu Vitamin A

Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun, meredakan anxiety dan membekal tenaga.

 

5. Magnesium

Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.

 

6. Pottasium

Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.

 

7. Gula

Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.

 

8. Karotenoid

Warna ungu pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.

See also  Warna dan bentuk najis beri petanda awal masalah kesihatan

 

Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan meningkatkan

rasa kenyang. Ini akan mengurangkan rasa lapar cepat dan pergantungan kepada nasi.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Malangnya Ubi keledek ungu untuk kecerdasan otak tetapi dipinggirkan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156038
Users Today : 828
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24433
Users Last 30 days : 79862
Users This Month : 49763
Users This Year : 156037
Total Users : 156038
Views Today : 1422
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36934
Views Last 30 days : 122976
Views This Month : 76253
Views This Year : 238643
Total views : 238644
Who's Online : 4
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares