Bilangan pesakit Kegagalan buah pinggang meningkat begitu cepat. 26% atau 2.6 juta rakyat sedang mengidap penyakit kronik ini.

1. Kepenatan walaupun berjalan pada jarak 5-10 meter.
2. Kuat tidur.
3. Mengalami Anemia . Hemoglobin turun hingga separuh dari paras normal.
4. Kencing berbuih kerana kebocoran protin . Buih tidak hilang walaupun disiram air berkali kali.
5. Hilang selera makan kerana lidah hilang deria manis masin masam.
6. Hilang nafsu seks
7. Lidah menjadi lebar pada waktu siang dan kering tiada air liur semasa tidur di waktu malam.
8. Cirit birit setiap kali menelan makanan.
9. Sukar sendawa perut kembung
10. Mulut berbau amonia atau hancing. Kerana bahan kumuh yang terhasil oleh proses badan tidak dapat dikeluarkan melalui buah pinggang.
11. Rasa Mual
12. Muntah air
13. Kulit berasa gatal
14. Berat badan bertambah mendadak 10kg hingga 20 kg dalam masa singkat contohnya 1 minggu sahaja. Muka sembab dan bengkak bahagian kaki
15. Sesak nafas ketika baring kerana air banyak dalam paru paru.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 15 tanda tanda buah pinggang rosak " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.