Telur terkenal sebagai salah satu makanan utama penduduk Jepun. Rakyat Jepun merupakan pengguna telur paling tinggi didunia. Lihat sendiri bagaimana kecemerlangan rakyat Jepun hasil dari pemakanan yang mereka amalkan.

Telur kuning yang mengandung nutrisi kolin yang baik untuk kesihatan otak. Kolin merupakan komponen dari membran sel yang diperlukan untuk mensintesis asetilkolin, neurotransmiter. Penelitian menunjukkan kurangnya kolin telah dikaitkan dengan gangguan saraf dan penurunan fungsi kognitif.
Isu telor mengandungi kolesterol telah menyebabkan kebanyakan orang hanya memakan telur putih dan membuang telur kuning.
Ini adalah salah faham besar kononnya Kolesterol menyebabkan penyumbatan salur darah dan masalah jantung, sedang telah pun dibuktikan melalui kajian mutakhir bahawa penyebabnya adalah gula.
Kajian terkini menyatakan penyumbatan salur darah dan jantung disebabkan oleh keradangan dan luka kerana pengambilan gula pasir dan Sirap Jagung Froktusa Tinggi ( HFCS ).
Proses Keradangan berterusan untuk tempoh lama 10 hingga 15 tahun menyebabkan berlakunya lambakan kolesterol dihantar untuk membaiki kesan dari keradangan.
Akibat tidak menghentikan pengambilan gula menyebabkan keradangan terus berlaku walaupun telah dibaik pulih melalui proses tampalan kolesterol. Tampalan kolesterol yang berulang kali menyebabkan berlaku timbunan kolesterol dalam salur darah.
Gula dan HFCS merupakan pedajal utama kepada masalah penyumbatan salur darah.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kenapa telur tidak diminati sedang khasiatnya sangat bagus untuk otak " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.