Haiwan Jalanan wajib diberikan kehidupan selesa????????
4 April adalah sambutan khas untuk Haiwan Jalanan.

Memberi perhatian serius kepada 600,000,000 haiwan terbiar di seluruh dunia khususnya anjing dan kucing sewajarnya dijadikan agenda utama setiap taman taman kediaman.
Menyediakan kediaman dan sumber makanan yang berkhasiat untuk haiwan jalanan ini antara perjuangan utama tujuan diwujudkan Hari Haiwan Jalanan Sedunia pada 4 April setiap tahun.
Apa yang sedang berlaku hak kehidupan anjing dan kucing jalanan atau gelandangan ini amat kurang langsung mendapat pembelaan dari masyarakat.
Akibatnya haiwan ini dipaksa menjalani kehidupan yang sengsara di jalanan.
Mereka sering tidak makan, mengalami panas atau sejuk yang melampau, dan menderita penyakit, malah lebih kerap lagi, mereka dikejar oleh manusia yang bermusuhan dan ganas terhadap haiwan lemah ini.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 4 April Sambutan Hari Haiwan Jalanan Sedunia " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.