Bayangkan adik seorang pelajar kolej buat kerja Raider penghantar makanan untuk menampung perbelanjaan pengajiannya.

Apabila makanan yang dipesan telah tiba dilokasi, pelanggan tidak menjawab panggilan telefon dari 19:40 hingga 20:30.
Kemudian adik ini menerima wasap dari pelanggan berkenaan membatalkan pesanan.
Sudahlah belum berbuka puasa lagi, berlinang airmata adik ini mengenangkan ditipu oleh pelanggan zalim.
Hasrat untuk cari wang tambahan menampung perbelanjaan kolej dipermainkan pula oleh individu kaki kencing.
Dengan langkah longlai,adik raider pun menggagahi perjalanan pulang ke Puchong dengan kecewa.
Semoga adik raider mendapat ganti yang lebih baik. Kezaliman kembali kepada pelakunya insyaallah.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pilu bila dizalimi pelanggan kaki kencing " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.