Tahukah anda jumlah wang tak dituntut setakat Februari 2021 adalah RM9.4 bilion dan akan meningkat saban tahun.

Anda mungkin salah seorang berhak menuntut kembali wang yang diserahkan oleh pihak bank, insuran, gaji akhir, simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf dan lain lain.

Satu portal khas disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara untuk kemudahan orang ramai membuat semakan.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.

Tuntutan boleh dibuat melalui kaedah dalam talian, serahan kaunter atau secara POS

A. Kaedah dalam talian

Langkah 1 : Layari pautan portal

https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)

Langkah 3 : Klik pada rekod yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”

Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”. Langkah

5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”

Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan

Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk semakan status permohonan.

Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

B. Tuntutan Kaedah Kaunter Hantar permohonan lengkap dengan maklumat yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

C) Kaedah POS Hantar permohonan lengkap dengan maklumat yang telah dicetak melalui pos di alamat: Pejabat

‘Pendaftar Wang Tak Dituntut

Bahagian Pengurusan Wang Tak DituntutJabatan Akauntan Negara MalaysiaAras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,Kompleks Kementerian Kewangan,No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,62594, Putrajaya.’

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan , anda boleh:

Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my

Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55

Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000

(Visited 3,012 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " RM 9.2 Billion wang tidak dituntut boleh semak secara dalam talian " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares