30 April 1993 Jaringan WWW awam pertama dilancarkan

Hari ini 29 tahun yang lalu, WorldWideWeb (www) dilancarkan dalam domain awam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Selepas internet tercipta pada Januari 1983, para penyelidik meneroka jalan untuk manusia berhubung di medan itu. Massachusetts Institute of Technology & Stanford University membangunkan sistem perkongisan maklumat secara dalaman, namun ianya kompleks.

 

Pada 1989, Tim Berners-Lee, seorang saintis komputer di CERN, organisasi penyelidikan berpangkalan di Switzerland, menerbitkan proposal untuk “sebuah idea tentang sistem informasi terhubung.” Beliau mahu wujud rangkaian antara sistem-sistem yang ada.

 

Maka pada masa sama beliau merangka pelan rangkaian sistem perkongsian maklumat itu & mula mengerjakannya. Terbentuklah WorldWideWeb, laman sesawang pertama pada 1991 & komputernya, sebuah desktop NeXT menjadi ‘server’ internet pertama di dunia.

See also  Gangguan Paling Lama Facebook, Instagram, WhatsApp pulih

 

CERN mula berkongsi akses kepada laman sesawang dengan institusi-institusi lain sebelum mengeluarkan kod sumber projek tersebut ke domain awam pada 30 April 1993, membolehkan sesiapa sahaja meneroka internet dengan percuma & mudah.

 

Asalnya dipanggil Mesh, WWW mencetuskan kewujudan pelayar sesawang (web browser) ringkas seperti Mosaic di peringkat awal. Tidak lama kemudian, WWW menjadi sistem seumpamanya yang paling popular & rangkaiannya semakin meluas saban tahun.

See also  Pelajar cari capaian internet untuk PdPR parah kemalangan, kini di ICU Hospital Taiping

 

Ciptaan Berners-Lee ini telah merevolusikan perkongsian maklumat & sekaligus secara dramatiknya mengubah cara manusia berkomunikasi. Penciptaan sistem sesawang dianggap sebagai antara peristiwa terbesar dalam sejarah manusia.

 

Sekitar 4.39 bilion manusia di seluruh dunia (lebih separuh daripada populasi Bumi), termasuk anda, ketika ini menggunakan internet. Secara purata, kira-kira 88.7% rakyat Malaysia hari ini menggunakan internet & jumlah itu semakin meningkat.

 

Kebangkitan internet menjadi pengembangan akses maklumat terhebat dalam sejarah ketamadunan manusia, menggalakkan penyebaran pengetahuan, idea & pergerakan sosial, hanya di hujung jari anda.

See also  Pelajar jatuh jambatan gantung: CCT akan pasang satelit mini

 

*Gambar Berners-Lee di hadapan komputernya dengan paparan laman sesawang WWW.

 

Sumber: History, Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia

 

#PeristiwaHariIni

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 30 April 1993 Jaringan WWW awam pertama dilancarkan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378386
Users Today : 1981
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16525
Users Last 30 days : 61776
Users This Month : 5390
Users This Year : 378385
Total Users : 378386
Views Today : 2727
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24604
Views Last 30 days : 94856
Views This Month : 7892
Views This Year : 582586
Total views : 582587
Who's Online : 8
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares