Peristiwa Perak dan Johor Raya sehari Awal dari negeri lain

Sejarah Negeri Perak & Johor Sambut Hari Raya Aidilfitri Awal Sehari Pada Tahun 1982.

 

Tanggal 12 Jun 1982, negeri Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri satu hari lebih awal Hari Raya Aidilfitri lebih awal daripada negeri-negeri lain di Malaysia.

 

Kisah ini berlaku ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhum Sultan Iskandar pada ketika itu.

 

Pada ketika itu tarikh puasa dan hari raya ditentukan melalui kaedah rukyah dan hisab.

 

Orang ramai akan menunggu di depan televisyen atau corong radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu.

Segalanya bermula apabila sekumpulan nelayan dari laut mendakwa telah melihat anak bulan dan berita itu dengan sangat pantas telah tular dalam kalangan penduduk.

See also  Destinasi Ikonik Hebat dan menarik di Malaysia    

 

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, pasukan marin yang menjaga perairan negara turut mengesahkan melihat kelibat anak bulan yang menandakan kedatangan bulan Syawal.

 

Sampai ke pengetahuan mufti

 

Desas-desus berita tersebut juga dikatakan telah tersebar hingga sampai ke pengetahuan mufti.

Lalu, mufti mengatakan ia harus dimaklumkan terus kepada Tuanku Sultan kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyharkan hari raya.

Sehubungan itu, perkhabaran tersebut telah dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku Sultan, baginda yakin dengan berita tersebut dan mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat di negeri itu melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak dan Johor telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri-negeri lain.

See also  Amaran cuaca buruk, hujan lebat di beberapa negeri

 

 

Difahamkan Jabatan Penerangan dan pihak polis telah menggunakan pembesar suara untuk mengumumkan hari raya keseluruh pelusuk negeri.

 

Baginda dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih.

 

Akibat pengumuman secara tiba-tiba itu, kebanyakan orang terutamanya daripada golongan orang tua amat terkejut dan panik.

 

Mana tidak nya, juadah raya seperti rendang, lemang dan sebagainya kebiasaannya akan disediakan mulai malam raya hari berikut.

 

Ada diantara mereka yang masih belum bersedia dengan bahan-bahan masakan kerana menyangka mempunyai satu hari lagi untuk berpuasa.

See also  12 Apr 2022, kes baru COVID-19 ialah 9,002

 

Menurut perkhabaran, ada juga yang berlaku sedikit pertengkaran pada hari raya pertama tahun tersebut di kawasan sempadan Perak dan Selangor iaitu di Tanjung Malim. Ia berpunca daripada segelintir penduduk di Perak telah beraya manakala penduduk negeri Selangor masih berpuasa.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Peristiwa Perak dan Johor Raya sehari Awal dari negeri lain " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385574
Users Today : 1652
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17337
Users Last 30 days : 60890
Users This Month : 12578
Users This Year : 385573
Total Users : 385574
Views Today : 2540
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25706
Views Last 30 days : 92839
Views This Month : 18625
Views This Year : 593319
Total views : 593320
Who's Online : 11
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares