Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak

Setiap Kali malam menjelang hari raya, aku perasan mesti lama mak duduk dalam bilik. Aku dapat rasakan mak amat merindui Along yang tinggal berjauhan dan jarang sekali ketemu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar hiasan

Kisah ini berkisar kehidupan aku sejak dari kecil di sebuah perkampungan utara tanahair . Sekarang masing masing sudah ada kehidupan sendiri namun kenangan duka adakalanya menerjah dalam ingatan terutama menjelang hari lebaran.

 

Sebelum pergi jauh dalam penceritaan ku, elok rasanya perkenalkan dahulu tentang keluarga.

 

See also  Mayat nelayan ditemui selepas tiga hari hilang

Kami ada 6 orang adik beradik dan aku nombor 4. Along, angah, acik, aku, adik dan bibi.

 

Along tinggal berjauhan kerana bersekolah di selatan tanahair sedangkan kami berlima tinggal bersama ibu dan ayah di utara.

Kami di utara dan Along nun jauh di selatan. Sebab zaman dulu rumah kami di kampung pendalaman terletak jauh dari sekolah menengah.

 

Jadinya mak hantar along duduk dengan nenek di Johor. Maka berdikarilah along sendirian di sekolah agama terletak berhampiran rumah nenek.

See also  Polis tahan bapa beri anak dua tahun hisap vape

 

Kemudahan komunikasi zaman dulu bergantung kepada surat menyurat. Telefon awam hanya ada di pekan sahaja. Itu pun kadang kala rosak dan bilangan hanya sebuah sahaja.

 

Jadi mak hanya mengutus surat buat along dengan harapan along balas. Sekali dua adalah along balas. Ibu mana yang tidak rindukan anak.

 

Abah aku cerita tiap tiap malam mak aku tahajjud sebut nama Along. Mak doa along jadi orang berguna.

See also  Jenaka Rogol : Keluarga pelajar akan fail saman balas RM5 juta terhadap guru

 

Kalau mak nampak budak budak sebaya along, abah kata mak mulalah menitis air mata rindu.

 

 

Bersambung bahagian 2

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133185
Users Today : 1580
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20497
Users Last 30 days : 69200
Users This Month : 26910
Users This Year : 133184
Total Users : 133185
Views Today : 2535
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31878
Views Last 30 days : 108220
Views This Month : 41854
Views This Year : 204244
Total views : 204245
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares