Ramai tidak ambil peduli bahaya iklan Penjual Produk Supplemen

Peningkatan tinggi pesakit kronik di Malaysia mengundang ramai peniaga mengiklankan produk kesihatan disokong testimoni konon dari pelanggan yang berpuas hati dengan produk mereka.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tak kira produk-produk berdaftar atau tak, memang banyak bertebaran di media sosial.

Pelbagai khasiat kononnya dapat menyembuhkan dan merawat penyakit-penyakit kronik.

 

Tahukah anda testinomi sedemikian adalah satu kesalahan dan melanggar peraturan iklan makanan 2014. Testimonial ertinya pernyataan atau pengakuan atau gambaran secara langsung atau secara tersirat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu berkenaan keberkesanan sesuatu produk.

See also  Tularan pesakit COVID-19 lari dari HRPZ II palsu - Pengarah

 

Dalam Jadual pertama [Peraturan 5] Kesalahan yang boleh dikompaun, peraturan 4 (2) – Tidak mematuhi kehendak yang berhubung dengan pengiklanan apa-apa testimoni, pengendorsan atau mewakili pendapat atau keutamaan.

 

Dalam perubatan pula testimoni tak boleh dijadikan apa-apa bukti untuk merawat sesuatu penyakit. Tak kiralah samada siaran melalui media sosial, TV, radio, youtube dan sebagainya.

Tuntutan seseorang pesakit dalam testimoni sebenarnya tak boleh dijadikan bukti keberkesanan sesuatu produk

 

Menurut akta ubat (Iklan dan penjualan) 1956 seksyen 3(1) pula, 20 jenis penyakit yang dilarang untuk diiklankan termasuk melalui testimoni adalah:

See also  Semua jenis DERMA mesti ada kebenaran dari PDRM

1. Penyakit/kerosakan buah pinggang

2. Penyakit/kerosakan jantung

3. Kencing manis

4. Sawan

5. Lumpuh

6. Batuk kering

7. Asma/lelah

8. Kusta

9. Kanser/barah

10. Pekak

11. Ketagihan dadah

12. Hernia

13. Penyakit mata

14. Tekanan darah tinggi

15. Sakit mental

16. Kemandulan

17. Frigiditi

18. Lemah fungsi seks/impoten

19. Penyakit venerus

20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau hubungan seks.

See also  MAKLUMBALAS MENGENAI PEMALSUAN KENYATAAN DI PAPAN TANDA MDKS

 

Terdapat keraguan testimoni ini mempunyai tuntutan-tuntutan seperti yang dinyatakan itu.

 

Berkemungkinan testimoni palsu digunakan untuk menarik perhatian pelanggan.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Ramai tidak ambil peduli bahaya iklan Penjual Produk Supplemen " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367089
Users Today : 2001
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11721
Users Last 30 days : 64068
Users This Month : 56107
Users This Year : 367088
Total Users : 367089
Views Today : 2991
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17887
Views Last 30 days : 99028
Views This Month : 86829
Views This Year : 565895
Total views : 565896
Who's Online : 8
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares