
Setelah Along tamat Mak punya suka sampai buat kenduri doa selamat. Abah kata mak jemput orang kampung datang kenduri kesyukuran sempena dengan along tamat belajar. Sebulan selepas tu, abah kata Along dapat kerja sambilan di sebuah restoran di Johor.
Bila abah balik beritahu mak, mak punya suka sampai terus sujud syukur atas tanah masa tengah sapu sampah.
Bila dengar ketawa abah, mak baru sedar dia sujud atas tanah.
Lepas tu along dah jarang hubungi mak dan Abah pun. Mak pula walaupun sibuk menjaga kami, tapi mak sentiasa ceria bersemangat.
Saban hari mak bercerita pasal Along pada kami. Aku ingat lagi masa tu, mak cakap Along adalah harapan mak dan abah
Masa makin berlalu begitu pantas. Along bertemu jodoh berkahwin dengan wanita dari Johor juga. Selepas 1 tahun kahwin, Along seakan lupa mak dan abah. Akak ipar aku juga tidak ada menghubungi emak dan abah bertanya khabar. Sepi sahaja.
Satu hari mak dan abah berkunjung ke rumah Along.
Kakak ipar aku kerja, Along pun kerja.
Apabila tiba, mak sediakan masakan. Balik kerja kakak ipar aku makan apa yang mak aku masak. Syukurlah.
Aku perhatikan setiap kali Raya aidilfitri memang Along beraya belah isteri dia.
Pernah sekali sahaja along balik beraya di rumah. SEKALI. Itupun mak abah yang tanggung duit minyak.
Satu hari Along beritahu hendak berhenti kerja. Dia bercadang mula perniagaan sendiri.
Aku dan adik beradik lain memang kurang bersetuju sebab Along jenis yang cepat putus asa.
Tapi orang kata doa ibu tiada ada hijab, along berjaya memulakan perniagaan restoran.
Bersambung bahagian -3
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Bhg 2-Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.