Lemah Tenaga Batin @ libido punca dan kaedah memulihkannya

Bila barang tak naik mula cari tukang urut bagai. Itulah senario masyarakat Malaysia. Semuanya nak diselesaikan dengan urutan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tahap tenaga batin lelaki ditentukan oleh paras hormon testosteron dalam darah.

 

Hormon testosteron rendah menyebabkan penurunan nafsu seks dan mudah bosan.

Soalan kenapa paras Testosteron jadi rendah?

Ada beberapa sebab yang sudah dikenal pasti.

 

1) Ubatan meredakan kemurungan

Penderita kemurungan boleh mengalami kekurangan atau kehilangan minat terhadap aktiviti yang pernah mereka nikmati, termasuk seks.

Tambah lagi, lemah tenaga batin boleh menjadi antara kesan sampingan beberapa ubat anti kemurungan, ubat aspirin serta ubat menurunkan kolesterol.

 

#2 Masalah tidur

1 kajian dalam Journal of Clinical Sleep Medicine mendapati bahawa lelaki yang tidak obes, yang mempunyai masalah tidur memiliki tahap testosteron yang lebih rendah.

See also  Lobak Putih mujarab menghancurkan batu karang  

Disebabkan itu, berlakulah penurunan aktiviti seksual dan libido!

Dalam kajian itu juga, para penyelidik mendapati hampir satu pertiga lelaki yang mengalami gangguan tidur teruk, turut mengalami pengurangan kadar hormon testosteron.

Dalam 1 kajian lain baru-baru ini yang dijalankan pada lelaki muda dan sihat, kadar testosteron menurun sebanyak 10% hingga 15% setelah mengalami pengurangan waktu tidur selama 5 jam seminggu setiap malam.

Para penyelidik mendapati, kesan kekurangan tidur dapat dilihat jelas pada perubahan tahap testosteron antara jam 2 petang dan 10 malam keesokan harinya.

 

#3 Stres/tekanan

Ya, berada dalam situasi atau suatu tempoh masa yang bertekanan tinggi mengganggu tahap testosteron. Stres menjejaskan tahap hormon anda.

Arteri dalam badan boleh menjadi sempit sebagai tindak balas terhadap tekanan.

Penyempitan ini menyekat aliran darah dan berpotensi menyebabkan mati pucuk! Takutnya!

See also  Adik Ini Kuarantin Seorang Diri Di MAEPS, Ayah Pula Disahkan Meninggal Dunia Kerana COVID-19

1 kajian yang diterbitkan dalam Scientific Research and Essays menyokong tanggapan bahawa tekanan memberi kesan langsung terhadap masalah seksual lelaki dan wanita.

Sepanjang riwayat hidup manusia, stres adalah sukar dielakkan.

Masalah dalam perhubungan, penceraian, kematian orang tersayang, isu kewangan, kehadiran bayi baru lahir, atau persekitaran kerja bertoksik antara beberapa contoh yang boleh mengakibatkan lemah tenaga batin.

 

Teknik pengurusan tekanan, seperti latihan pernafasan, meditasi, dan berkomunikasi dengan ahli terapi, dapat membantu!

Misalnya, dalam 1 kajian, lelaki yang baru didiagnosis dengan mati pucuk telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam skor fungsi ereksi, setelah mengikuti program pengurusan tekanan selama 8 minggu.

#4 Kurang bersenam atau berlebihan

 

Bersenam secara teratur dan berkala dapat mengurangkan risiko anda terhadap penyakit kronik seperti obesiti, tekanan darah tinggi, dan diabetes jenis 2, yang kesemuanya mempunyai kaitan dengan isu libido rendah.

See also  15,902 kes Covid-19 pada 24 Julai 2021

 

Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara sederhana terbukti dapat menurunkan kadar kortisol pada waktu malam dan mengurangkan stres, lantas bantu meningkatkan rangsangan seks!

 

Sebaliknya, terlalu banyak bersenam pula telah terbukti akan menjejaskan kesihatan seksual dan menjadi punca lemah tenaga batin.

 

#5 Menghentikan pemakanan lemak trans, gula pasir dan gluten membantu mempercepatkan pemulihan libido.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lemah Tenaga Batin @ libido punca dan kaedah memulihkannya " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371959
Users Today : 574
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15271
Users Last 30 days : 64394
Users This Month : 60977
Users This Year : 371958
Total Users : 371959
Views Today : 870
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22896
Views Last 30 days : 99222
Views This Month : 94008
Views This Year : 573074
Total views : 573075
Who's Online : 5
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares