Bahagian 3- Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak

Sambungan dari Bahagian-2

Tahun berganti tahun berlalu begitu pantas. Aku mula bising pada Along. Suruh along balik beraya. Mak dan abah pula bukannya semakin muda.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tapi respon along cuma “busy, pelanggan  ramai. Crew restoran tak cukup”. Mak bersangka baik tahap tinggi langit. Aku dah cakap kat mak, restoran abang tu dah maju. Pekerja ramai, apa lagi yang tak cukupnya.

Mak sentiasa dengan semangat positif “biarlah Along nak raya di sana agaknya”. Ujar Mak sambil mengemas meja. Lagi pun setiap bulan along ada beri mak wang, walaupun tak banyak tapi cukuplah, ujar Mak lagi.

 

 

Malam raya selalunya mak akan sediakan kelengkapan dan bahan untuk masa esok pagi.

 

Kemudian mak akan masuk bilik, berehat. Aku sempat intai di sebalik pintu, nampak mak pegang gambar kami masa kecil dulu (gambar along cantum dengan gambar kami).

Mak peluk gambar tu, pejam mata dan aku rasa mak menangis. Tapi wajah mak tetap tenang.

 

Bila aku buat berdehem, mak cepat- cepat baring. Konon tengah berehat. Itulah Mak , sentiasa cuba menyembunyikan perasaan duka dari diketahui anak-anak.

 

Tinggal seminggu sahaja lagi menjelang hari raya, aku perhatikan kali ini mak begitu bersemangat membuat persediaan dari pakaian, hias rumah dan juadah raya.

See also  RM 9.2 Billion wang tidak dituntut boleh semak secara dalam talian

 

Kuih mueh raya sudah siap bersusun, daun palas selalu beli satu ikat tapi untuk raya kali ini mak beli dua ikat.

 

Itik, ayam, daging semua mak beli. Bila aku tanya, akhirnya keluarlah sebuah jawapan dengan wajah yang berseri-seri.

“Along nak balik lusa” Mak masak banyak juadah berbuka. Penuh satu meja.

Katanya anak cucu nak makan. Tunggu punya tunggu along kata tak jadi balik. Anak dia mengamuk tak nak balik. Kereta dia pun meragam. Mak senyum sambil jawab “tak apa long, mak faham”

Perlahan-lahan mak kemas meja, lauk pauk yang dimasak disimpan dalam peti. Menitis air mata tengok situasi pilu sebegini.

 

Mak kata lauk ni simpanlah boleh makan lagi dua tiga hari. Panaskan saja. Lepas tu mak terus masuk bilik.

 

Mak mengadu dia lenguh. Adik aku urut kaki mak, aku urut tangan. Alang dan acik baring peluk mak. Mak kata rindu masa kami kecil dulu. Selalu melekat dengan mak.

 

Malam tu mak sembang pasal kami. Bermula dengan mengandung, melahirkan dan menjaga kami sampai besar panjang.

Menitis air mata jantan kami.

Sahur pagi esoknya, mak mengadu sakit badan.

Kami anak anak ambil tugas mak sediakan juadah sahur.

See also  Video Tular Cemas Bapa diserang sakit jantung

 

Mak seperti tidak ada selera. Mak sempat sembang semasa kami suap mak.

 

Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Mak kata kalau along ada mesti lagi meriah.

Lepas solat berjemaah subuh, Mak tiba-tiba rebah. Pendekkan cerita, mak menghembuskan nafas sebaik menunaikan solat subuh.

 

Mak sempat berpesan menyampaikan salamnya buat along. Sedih dan sebak.

 

Kami telefon along tapi panggilan tidak berjawab.

Selang beberapa ketika, along menghubungi kami semula ketika urusan memandi dan mengkafankan mak sudah selesai.

 

Sebaik sahaja aku beritahu yang emak sudah tiada, along menangis.

Along suruh tunggu dia balik, dia nak tengok mak tapi kami sepakat untuk menyegerakan urusan mak. Kasihan mak. Ustaz juga ada menasihati kami agar menyegerakan urusan.

 

Along sampai di rumah malam itu. Menangis meraung meratap semuanya ada.

Along peluk abah tapi abah tolak. Abah kata kenapa pulang? Along bersujud minta maaf tapi abah kata mak kau dah takvda. Along pergi pula pada kami, menangis minta maaf. Kami juga kosong ketika itu. Kosong jiwa. Kosong minda. Sahur itu kami panaskan lauk masakan terakhir emak.

Ada diantaranya yang masih elok. Kami makan sambil menitis air mata. Abah suap kami seorang demi seorang. Katanya masa tinggal berdua dengan emak, itulah guruan mereka. Saling menyuapkan. Esoknya along ke kubur mak, meraung meratap memanggil emak kembali.

See also  Wanita hamil 7 bulan terpaksa selongkar sampah demi sesuap nasi

Kini, sudah 10 tahun peristiwa itu berlalu. Tapi kenangan dengan mak masih segar dalam ingatan. Setiap kali ramadhan, masih terngiang-ngiang suara mak memanggil kami makan.

Menyambut kami di pintu rumah setiap kali balik cuti. Lidah kami masih terasa keenakan masakan emak. Masih terbayang keletah lincah mak memasak di dapur. Rindu. Rindu yang tak terluah. Along pula menanggung sesal yang tak sudah. Along berpindah duduk di rumah lama kami.

Rumah kenangan emak dan abah. Tapi abah masih terluka. Masih belum mampu maafkan perbuatan Along.

Pengajaran cerita aku ialah anak lelaki, syurga dibawah tapak kaki ibu manakala anak perempuan pula syurga dibawah tapak kaki suami.

 

Ibu satu. Tiada ganti. Hilang itu maka hilanglah selamanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bahagian 3- Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239032
Users Today : 2288
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15109
Users Last 30 days : 58373
Users This Month : 48360
Users This Year : 239031
Total Users : 239032
Views Today : 3235
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24332
Views Last 30 days : 92989
Views This Month : 77286
Views This Year : 369501
Total views : 369502
Who's Online : 44
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares