Peristiwa berdarah 23 Februari 1950 serangan Komunis keatas Balai Polis Kepong

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis yang berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi (Waktu Malaysia Barat,  pada 23 Februari 1950.

 

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur.

Dua orang isteri anggota Polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

 

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963).

 

Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

 

Serangan ini bermula sebelum subuh dan ia berakhir dengan tragik melibatkan pertumpahan darah di mana penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ.

See also  1933 Bermulanya Angkatan Tentera Melayu Moden

 

Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai polis tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.

Balai berkenaan diperkuatkan dengan satu platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri.

Tiga konstabel polis khas dan empat polis tambahan anggota tambah yang ditempatkan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

 

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai.

 

Lokasi terpencil  adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.

See also  Tragedi ngeri terminal feri runtuh terpahat dalam sejarah Malaysia

Pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

 

Menurut saksi, terdapat sekitar 180 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku “Memoir Abdullah C.D.”, serangan tersebut diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu.

Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin Peng: new light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.

 

Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut.

 

Pertempuran bermula sekitar 4.15 pagi. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut.

 

Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.

Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi ternyata berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis , terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

 

Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah.

See also  Kluster Rentas Negeri Terus Catat Peningkatan Sepanjang April Hingga Mei

Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

 

Sekitar pukul 5.00 pagi, pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran di kawasan itu.

Bersambung Bahagian-2

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Peristiwa berdarah 23 Februari 1950 serangan Komunis keatas Balai Polis Kepong " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239148
Users Today : 2404
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15225
Users Last 30 days : 58489
Users This Month : 48476
Users This Year : 239147
Total Users : 239148
Views Today : 3395
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24492
Views Last 30 days : 93149
Views This Month : 77446
Views This Year : 369661
Total views : 369662
Who's Online : 44
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares