Ramai tidak percaya minum kopi tanpa gula meredakan gastrik.

Suka dimaklumkan bahawa jangan guna kopi biasa harga murah kerana ianya telah dicampur dengan mentega, gula dan garam.
Sifat kopi asli telah musnah apabila dicampur dengan bahan tidak sihat.
Dapatkan kopi asli tanpa sebarang campuran dan kebiasaannya harga sekitar RM30 keatas untuk setiap berat 200/300 gram.
Ramai orang muda kena sakit gastrik. ianya sangat menyeksakan dengan rasa perut amat pedih, loya dan muntah.
Ada ketikanya berlarutan seharian. Yang lebih teruk membawa kepada GERD. (Gastro Esofagus Reflux Disease)
Gastrik ialah keradangan dalam usus akibat pemakanan yang tidak sesuai seperti gula putih, gandum, karbohidrat ringkas dan perasa MSG serta pewarna.
Tahap serius boleh menyebabkan ulser pada usus.
Kaedah biasa bila kena gastrik dengan minum ubat difarmasi.
Ada juga menggunakan daun daun dan buah-buahan tertentu untuk meredakan gastrik.
Penemuan terkini kopi asli boleh meredakan gastrik dengan syarat kopi benar-benar asli dan diminum kosong tanpa gula atau susu.
Kesannya boleh dirasai selepas 5 minit.

Walaupun ramai pakar mengatakan kopi tidak baik untuk gastrik, namun secara realitinya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Pastikan kopi benar benar asli. Hanya yang asli berkesan merawat gastrik.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kopi Asli tanpa sebarang campuran terbukti meredakan gastrik " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.