Bahagian -2 Peristiwa berdarah 23 Februari 1950 serangan Komunis keatas Balai Polis Kepong

Sambungan bahagian-1

Sekitar pukul 7.00 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri.

Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.

Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh.

Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.

 

Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya tiga orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.

See also  Viral Kejadian Kereta Melanggar & Menghalang Anggota Polis Menjalankan Tugas Semasa Pemeriksaan

 

Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu.

 

Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

 

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut.

 

Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api.

Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

 

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, empat pengawal kampung, tiga polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (suaminya adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

 

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema ke beberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan – Auxiliary Police/Pengawal Kampung – Home Guard).

See also  Peniaga berang simbah penguat kuasa dengan air panas bercampur minyak

 

Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong.

Keupayaan senjata terbatas berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.

 

Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh.

Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

 

Disebabkan keadaan tidak seimbang, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling Bukit Kepong.

 

SPihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

 

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis.

 

Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga.

See also  Upacara lantik samseng baru menyebabkan berlakunya kes dera di Sekolah Menengah Teknik Cheras Kuala Lumpur (1988)

 

Mereka sampai kesana pada jam 10.00 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

 

Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut.

 

Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis.

 

Semangat juang pasukan kecil menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.

 

Sambungan ke Bahagian-3

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Bahagian -2 Peristiwa berdarah 23 Februari 1950 serangan Komunis keatas Balai Polis Kepong " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

151910
Users Today : 3517
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24412
Users Last 30 days : 81632
Users This Month : 45635
Users This Year : 151909
Total Users : 151910
Views Today : 5317
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36982
Views Last 30 days : 125142
Views This Month : 69733
Views This Year : 232123
Total views : 232124
Who's Online : 16
Your IP Address : 3.229.124.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares