Setiap kali sambutan hari guru rupanya ada yang berduka tertekan.

 

Satu kisah sedang tular berkenaan seorang murid bertindak ponteng sekolah kerana tidak mampu menyediakan hadiah Sebagaimana rakan lain.

Seorang imam telah memberitahu guru sekolah berkenaan bahawa ada terserempak dengan seorang murid perempuan di masjid.

 

Semasa sambutan hari guru murid dan guru berada di dewan dan padang dengan pelbagai aktiviti.

 

Sebaik tiba di perkarangan masjid, guru berkenaan ternampak satu susuk murid perempuan sedang duduk keseorangan menangis dan seperti ketakutan dizon muslimat.

 

Setelah dihampiri, dan bertanya akan permasalahan yang dihadapi, murid berkenaan menceritakan rasa malu dan sedih tidak dapat memberi hadiah kepada guru sebagaimana murid lain.

 

Dia mengambil tindakan ponteng sekolah bagi mengelakkan ditanya oleh rakan berkenaan hadiah hari guru.

 

 

Ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya seorang pengawal keselamatan tidak mampu membeli hadiah sempena hari guru kerana tidak cukup duit pada waktu pertengahan bulan.

 

 

Menurut guru itu lagi, murid berkenaan adalah seorang pelajar cemerlang dan pernah beberapa kali menerima hadiah semasa hari anugerah sekolah.

 

Kelihatan airmata mengalir deras dikesat dengan tudung menjadikan suasana berkenaan sangat pilu.

 

Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan diyakini lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah apabila menjelang hari guru.

(Visited 15 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Sanggup ponteng sekolah kerana tidak mampu beli hadiah untuk Guru " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares