Semakin kerap kejadian tindakan nekad menjadikan jambatan pulau Pinang sebagai lokasi menamatkan riwayat.

Sekitar jam 6 pagi 24/5/2022 Seorang wanita muda nekad terjun jambatan Pulau Pinang.
Kejadian berlaku di KM 8.0 dari Pulau Menghala Ke Perai Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinang.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak sampai di lokasi kejadian didapati seorang mangsa Perempuan 22 tahun) telah terjun ke dalam laut dari atas jambatan berkenaan.
Mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama barangan peribadi di dalam kenderaan tersebut.
Anggota bomba masih membuat pemantauan dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun dikhuatiri telah dihanyutkan oleh arus.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Seorang wanita muda nekad terjun jambatan Pulau Pinang " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.