Peniaga makanan tidak sepatutnya menggunakan kertas suratkhabar sebagai pembungkus makanan.

Walaupun dialas dengan lapisan plastik, tiada jaminan bahan kimia dari akhbar tidak meresap ke dalam makanan yang dibungkus.
Ada yang menggunakan daun pisang sebagai pelapik sebelum dibungkus dengan kertas surat khabar. Ini juga tidak menjamin bahan kimia tidak meresap melalui daun pisang.
Apa-apa bahan bercetak tidak boleh digunakan sebagai pembungkus makanan atau sebagai alas (pelapik) yang bersentuhan secara langsung dengan makanan.
Risiko: bahan kimia akan mencemarkan makanan seterusnya boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan
‘Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama’
‘Elakkan Keracunan dan Pencemaran Makanan’
Sumber: BKKM, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan gunakertas surat khabar bungkus makanan " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.